3 OKTOBER 2010
1.37 a.m
Malam ini hatiku jadi kosong. Lantaran keadaan yang menekan aku, lantaran setiap masa dan yang berlalu, aku merasa malu padaMU Tuhan. Aku malu pada setiap setiap kesempatan yang Engkau titipkan, tak sedikit pun aku menghargainya. Bila aku memandang keluar jendela, bila aku merenung langit, bila aku melihat bintang, aku sedar aku lemah. Aku tahu aku selalu lupa dengan tribulasi. Memandang ke hadapan dengan mata yang kurang terbuka.
Namun hakikatnya, inilah aku!
Seorang insan biasa. Aku sama seperti kalian.
Bukan mudah untuk muntahkan.
Tapi malam ini benar-benar mencuit hatiku, merayu-rayu aku untuk dekat denganMU Tuhan. Kata orang, saat-saat bilamana kita akan mencari dan benar-benar mengingati Tuhan adalah di kala kita kesusahan.
Inikah yang sedang aku lakukan?
Oh tidak! Aku malu.
Kalau hatiku sakit, kalau keinginanku terhalang, kalau semua perkara adalah menyusahkan aku… Kalau semua itu adalah beban, zalimkah Allah?
Tidak mungkin Allah sengaja mentakdirkan semua itu untuk sesuatu yang sia-sia! Bukankah Allah lebih tahu derita hati ini, retak hati ini… Sakit yang aku tanggung…
Akulah yang harus berfikir bahawa semua ini adalah tarbiyah. Madah hayah. Bukankah sabar itu indah? Quotion yang selalu aku agungkan.
“Bersikap optimislah sekalipun di ambang badai”.
Mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Dia tahu hati yang sebegitulah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat serta akrab kepadaNYA. Dengan mengingati Allah jiwa menjadi tenang. Ku sedar kini hatiku milikMU, walau sejauh mana aku pergi, Engkau juga yang aku cari. Walau sebahagia mana yang aku kecapi, tetap Engkau jua yang memberi. Tetap padaMU aku bergantung sebenarnya.
Ya Allah, dengarlah…
Aku menyayanginya.
Jika Engkau ciptakan dia untukku, relaku menjadi miliknya,
Tapi adilkah ini untuk aku? Atau…
Apakah aku yang tidak layak untuknya?
Percayalah, siapa jodohmu sudah tertulis di luhil mahfudz, kau jangan risau. Jika kau berada di jalan yang benar, yakinlah sidia turut di jalan yang sama.
Wahai angin yang mederu, wahai bintang yang bercahaya, wahai malam yang gelap gelita… Tolong samapaikan pesanku pada sidia. Tolong sampaikan huluran maafku andai kalam ini mengganggunya. Katakan juga pada sidia…
Aku rindu kenangan indah bersamanya, aku rindu rindu gelak tawa dan senda guraunya… Seandainya Kau takdirkan perpisahan terjadi antara kami, aku tetap bersyukur atas pertemuan ini.
Terima kasih Ya Allah kerana temukan kami dalam ukhwah ini.
Cebisan kisah insan biasa,
Cinta Si Camar Putih hanya persinggahan,
hidup ini mencari mati yang sempurna!
Monday, 4 October 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment