
Zulaika.
Assalamualaikum… Today I would like to kongsi cerita tentang Zulaika Dan Nabi Yusuf.
Kalau kita baca kisah Zulaika dalam Al-Quran memang menarik, beliau digambarkan seorang wanita yang tertarik dengan kecantikan Nabi Yusuf, sejak kecil Yusuf dipelihara oleh Zulaika sebagai anak angkat. Dia diberi didikan dengan penuh kasih sayang dan hidup dalam keadaan mewah dan senang. Nabi Yusuf meningkat dewasa dan membesar sebagai jejaka yang tegap, tampan dan akhlaknya yang mulia telah menukar kasih sayang Zulaika menjadi cinta seorang wanita kepada seorang lelaki. Keinginannya semakin kuat untuk selalu sentiasa berada disamping Yusuf. Zulaika cuba menahan perasaanya, namun semakin dilawan semakin menjadi-jadi keinginannya itu.
Gelojak berahi yang mendalam.
Zulaika tak sanggup menunggu lebih lama lagi. Dia menyimpan pelbagai khayalan dan cita-cita curangnya. May be itu sudah menjadi tabiat semulajadi wanita ketika mengidamkan sesuatu yang bernama hawa nafsu dan kali ini dia nekad untuk merealisasikan segala khayalannya itu. Setelah mnghias dirinya secantik mungkin dan memakai wangi-wangian, Zulaika meminta pelayannya untuk memanggil Nabi yusuf menghadapnya. Zulaika pasti suaminya takkan pulang malam itu, Nabi Yusuf kehairanan mengapa dia dipanggil malam-malam begitu, tentu saja ada sesuatu yang mustahak fikirnya dalam hati. Dia pun mengetuk pintu bilik Zulaika, Zulaika yang memang sudah lama menanti kehadirannya terus saja mempelawa dia masuk dan menutup pintu kembali. Nabi Yusuf masuk dan dia agak terkejut dengan keadaan Zulaika yg berpakaian nipis menggoda dan bilik yang harum semerbak, Nabi Yusuf terasa bagaikan memasuki bilik pengantin. Perasaannya half terperanjat dan half lagi takut. Zulaika cuba mendekati Nabi Yusuf setapak demi setapak.
“Jangan kau cuba menjauhi diriku, aku hampir binasa kerana rindu padamu”
Nabi Yusuf diam tanpa jawapan.
“Aduhai Yusuf betapa indahnya rambutmu….” Zulaika cuba menggoda.
“Inilah sesuatu yang pertama kali akan berhamburan dari tubuh kubila aku mati nanti” jawab Yusuf Tegas.
“Yusuf, betapa indahnya kedua matamu” pujuk zulaika lagi.
“Kedua ini adalah benda yang pasti akan terlepas daripadaku dan akan mengalir dimuka bumi ini” Jawab Nabi Yusuf.
Zulaika berkata lagi dan menghmpirinya lagi, tangannya menyentuh wajah Nabi Yusuf.
“Betapa tampanya wajahmu Yusuf dan bibirmu yg indah buat hatiku gelisah”
“Tanah kelak akan melumatkanya” jawab Yusuf selamba.
“Telah terbuka tubuhku kerana ketampananmu wahai Yusuf dan segalanya milikmu” kata Zulaika manja sambil memeluk Nabi Yusuf erat.
“Syaitan menolongmu untuk berbuat hal itu” kata nabi Yusuf sambil menolak Zulaika ketepi, wajahnya pucat dan tubuhnya menggeletar ketakutan.
“Yusuf! Bagaimana pun aku harus mendapatkan apa yang selama ini ku dambakan dan kini engkau datang kerananya”
Yusuf menjawab…
“kemanakah aku akan lari dari murka Allah jika aku menderhakaiNya”
Walaupun dipujuk rayu Yusuf tetap mempertahankan maruahnya. Zulaika tak berputus asa dia tetap juga ingin memeluk Nabi yusuf. Nabi yusuf melarikan dirinya ke pintu. Zulaika yang hilang pertimbangan mengejar Nabi Yusuf dari belakang dan tangannya sempat menarik baju Yusuf sehingga terkoyak.
Ketika itu muncul Al-Aziz dan saudara sepupunya di ambang pintu.
Dengan serta merta Zulaika berkata:
“Apakah hukuman bagi orang yg berbuat serong terhadap isterimu selain dipenjarakan dan diseksa dengan seksaan yang pedih?’’ Sengaja Zulaika berkata begitu supaya menunjukkan nabi Yusuf yang bersalah.
Al-Aziz sangat marah tapi tak tergamak mengatakan Nabi Yusuf yang bersalah. Dia tahu nabi Yusuf pemuda yang taat, patuh dan baik.
Nabi yusuf hanya mendiamkan diri bila dirinya difitnah. Diserahkan segalanya kepada Allah untuk menghukum siapa yang benar dan salah diantara mereka. Dengan takdir Allah bayi yang masih menyusu, anak kepada sepupu Zulaika tiba-tiba berkata:
“Jika bajunya koyak di bahagian hadapan, wanita itulah yang benar dan Yusuf termasuk orang yang dusta. Dan jika bajunya koyak di bahagian belakang maka perempuan itulah yg dusta dan yusuf termasuk orang-orang yang benar”
Inilah diantara tujuh orang bayi ajaib yang Allah izinkan boleh bercakap.
Al-Aziz segara memeriksa, di dapati baju Yusuf koyak dibahagian belakang. Bersihlah Nabi Yusuh dari segala tuduhan. Manakala Al-Aziz meminta Nabi Yusuf merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan orang ramai.
Setelah Nabi Yusuf pergi, Al-Aziz berkata:
“Sesungguhnya inilah tipu muslihatmu yang dasyat mohon ampunlah atas dosamu itu kerana sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang berbuat mungkar dan dosa.”
Zulaika tak dapat menahan kemarahannya, hatinya masih sakit kerana Nabi Yusuf tidak mahu melayannya.
“Celaka kamu wahai yusuf!” katanya didalam hati.
“Aku tidak akan melepaskanmu, Aku akan mencari jalan untuk memperdayakanmu hingga engkau memenuhi kehendakku.”
Al-Aziz kedudukannya sebagai suami mula tercabar. Apalah maknanya kalau jawatan perdana menteri yang disandang tetapi isterinya berlaku curang. Dia tahu isterinya masih menyimpan perasaan terhadap Yusuf.
Urusan Negara terpaksa dikurangkan, dicuba memujuk dan memberi perhatian kepada Zulaika. Tetapi Zulaika tetap menunjukkan kebenciannya. Al-Aziz mengakui dia tidak dapat memenuhi kehendak Zulaika, dia tak mampu melayannya inikan pula memberikan zuriat. Usianya yg sudah lanjut sedangkan Zulaika masih muda lagi. Peristiwa yang terjadi benar-benar menkutkan dirinya.
Di kalangan masyarakat Mesir, peristiwa itu sudah tidak menjadi rahsia lagi. Dalam setiap perbualan tiada kisah lain yang dibentangkan tak lain tak bukan kisah isteri Al-Aziz dan Nabi Yusuf. Akhirnya berita itu diketahui oleh Zulaika. Hatinya bagai dihiris, dulu namanya disebut-sebut kerana kecantikannya, kedudukannya dan darjatnya sebagai isteri kepada perdana menteri, tetapi kini ejekkkan dan hinaan yg amat memalukan sedang menimpanya.
Menebus rasa malu
Zulaika menebus rasa malunya itu dengan mengadakan majlis makan malam. Dalam majlis itu hanya disediakan berbagai jenis buah-buahan.
Tetamu yang hadir terdiri daripada isteri-isteri pembesar dan pemimpin setempat. Masing-masing diberi sebilah pisau tajam untuk memotong buah.
Ketika wanita-wanita itu sedang sibuk memotong buah, nabi Yusuf dipanggil oleh Zulaika untuk memperlihatkan dirinya dihadapan wanita-wanita tersebut.
Wanita-wanita tesebut semuanya tercengang dan kehairanan melihat ketampanan Nabi Yusuf yang bagaikan bulan purnama menerangi kegelapan malam.
Sehingga tidak sedar mereka memotong jari-jari mereka, ada yang berdarah dan hampir putus jari-jari mereka, dan mulut mereka berkata.
“sesungguhnya ini sama sekali bukan manusia tetapi adalah malaikat yg mulia!”
Wajah Zulaika yang manis melayan tetamu kini bertukar nenjadi merah padam. Dendamnya telah terbalas, setelah ditegur oleh Zulaika, semua wanita di situ memandang antara satu sama lain. kini barulah mereka terasa pedihnya luka di jari. Ada yang menjerit kesakitan dan ada yang pengsan. Zulaika menempelak wanita-wanita yang menghiris jari mereka sendiri kerana terpukau pada Nabi Yusuf dengan hanya sekali imbas memandangnya sahaja.
“Memang benar aku mencintai Yusuf. Aku tergila-gila kepada ketampananya. Dia telah dibesarkan dihadapan mataku sendiri. Aku menyaksikan pertumbuhannya hari demi hari. Dia duduk bersamaku di bawah satu bumbung. Aku sentiasa melihat cahaya dan sinar yang sentiasa terpancar dari wajahnya… Memang aku tidak malu mengatakan yang aku sangat cinta padanya dan aku sangat menginginkannya. Aku sanggup menjadi hina dan rendah demi mencapai segala yang aku idam-idamkan… Akan tetapi malangnya nasibku, dia tidak mahu menuruti segala permintaanku, dan sekarang jika dia masih enggan mentaati apa yang aku perintahkan akanku humbankan dia ke dalam penjara, biar dia menjadi orang yang hina!”
Wanita-wanita itu cuba memujuk Nabi Yusuf supaya menurutkan kehendak Zulaika agar terselamat dari tuduhan dan tercampak kedalam penjara.
Nabi Yusuf ternyata tak mudah dipengaruhi. Dengan berlindung kepada Allah, Baginda berkata:
“Tuhanku, penjara lebih kusukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku, jauhkan aku dari tipu daya mereka”
Sewaktu Nabi Yusuf dibawa keluar dari pintu istana untuk dipenjarakan, Zulaika memerhatikannya dari jauh. Dia merasakan seolah-olah sebahagian dari hatinya telah tercabut.Terasa badannya lemah dan tak bermaya. Walaupun dialah yang memaksa suaminya untuk memenjarakan Nabi Yusuf.
Cinta yang tak kunjung padam
Hari demi hari berlalu, rasa sedih, kecewa, kesal, derita, merana dan putus asa mewarnai kehidupan Zulaika. Walaupun Nabi yusuf tiada, cintanya pada nabi Yusuf tak pernah padam. Hari-hari yang berlalu dirasakan bertahun-tahun. Fikirannya semakin lama semakin kacau. Akhirnya Zulaika hilang pertimbangan. Kekuatan perasaan telah mengatasi akalnya.suaminya hanya dapat menasihati dan berusaha untuk menyembuhkan Zulaika yang semakin teruk itu. Akhirnya Al-Aziz yang tak dapat lagi menanggung malu itu lalu terpaksa menceraikan Zulaika.
Keadaan Zulaika tidak terurus lagi. Kecantikan yang dibanggakan dulu kini hilang.
Dia duduk di tepi-tepi jalan sambil tangannya mengira butiranbutiran pasir dan bibirnya tidak putus-putus menyebut nama Nabi Yusuf.
Berkat kesabaran Nabi Yusuf menghadapi ujian dan melawan hawa nafsunya, akhirnya Allah memberi penghoramatan padanya di dunia lagi. Setelah hampir bertahun-tahun lamanya dipenjara, raja telah mengeluarkannya. Dia diangkat menjadi menteri kerana kepandaiannya mentafsir mimpi.
Suatu hari sedang Nabi yusuf berjalan ditepi pasar, dia ternampak seorang perempuan separuh gila yang tidak henti-henti menyebut namanya. Itulah Zulaika. Dengan mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Yusuf, Zulaika berjaya dipulihkan dan akhirnya beriman kepada Allah swt. Allah yang bersifat pemurah lagi amat mengasihani mengembalikan paras rupa Zulaika menjadi muda dan cantik semula, lalu berkahwinlah mereka.
Zulaika sudah jauh berubah, Zulaika kini adalah seorang yang taat kepada Allah. Setiap masanya dihabiskan untuk berbakti kepada Allah. Dia sangat terhutang budi kepada Allah kerana masih mahu menyelamatkannya. Setiap detik hatinya merasakan dirinya hamba yang serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dalam semua keadaan…
Dulu cintanya pada Nabi Yusuf hanyalah berdasarkan nafsu semata-mata. Kini Nabi Yusuf hanyalah alat untuk menyampaikan cintanya kepada Allah. Dia lebih suka menyendiri dari manusia bahkan dari Nabi Yusuf sendiri. Masa 24 jam sehari semalam rasanya tidak cukup untuk dia beribadah, bermunajat, bercakap-cakap dan tenggelam dalam mengingati Allah. Manusia dan dunia baginya tidak memberi erti lagi sekalipun suaminya. kalau Nabi Yusuf berhajat padanya di siang hari dengan lembut dia akan menangguhkan sehingga ke malam.Tetapi apabila Nabi Yusuf mengajaknya pada waktu malam dia akan menangguhnya sampai ke pagi.
Dia tidak bermaksud menderhakai suaminya. Hatinya telah tawar pada keinginan nafsu syahwat. Dia berkata kepada nabi Yusuf.
“wahai suamiku, sebenarnya aku telah menyintaimu sebelum aku mengenal Dia. Tapi setelah aku mengenalNya, kecintaan kepadaNya tidak memberi tempat selainNya. Aku tidak menginginkan selainNya.”
Sampai satu keadaan, Nabi Yusuf menarik baju zulaika yang asyik duduk disejadah supaya memenuhi hajatNya. Inilah qisas yang Allah tunjukkan, dulu Zulaika menarik baju Nabi Yusuf kini keadaan telah terbalik .
Begitulah nafsu kalau belum mengenal Tuhannya dia sanggup berbuat apa saja. Tetapi bila nafsu telah mengenal Tuhannya ketika itu tidak ada yang lain selainNya. Tuntutan nafsu akan dilepaskan sesuai menurut syariat.
Nabi Yusuf memujuk Zulaika supaya menyedari tanggungjawab sebagai isteri, antara lain katanya:
“Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan aku dengan perbuatan itu dan mengkhabarkan padaku bahawa Dia akan mengeluarkan darimu dua orang putera serta dia akan menjadikan keduanya Nabi dari keturunanku.”
Mendengarkan itu Zulaika sedih dan hiba, dengan nada yang sayu dan hiba dia berkata: “Kalau Allah memerintahkan engkau dengan itu dan menjadikan aku sebagai jalan perantaraanNya, maka itu juga satu perbuatan taat kepada Allah. Maka sebagai isteri aku taat dan patuh kepadamu.
Ketika itu kehidupan mereka menjadi tenang semula, setelah masing-masing tahu tanggungjawab sendiri. Hasil pergaulan suami isteri yang soleh dan solehah itu, Allah kurnikan mereka anak-anak penyambung perjuangan mereka bagi meneruskan perjuangan memerdekakan umat dari belenggu nafsu dan syaitan…
Sekian sahaja. Aku juga mencari ‘Yusufku’…
seronok baca kisah nabi yusuf dan zulaikha :)
ReplyDelete