Thursday, 27 January 2011

Luahan berani mati

What's Up!!

Rase-rase ini post aku yang terakhir untuk bulan ni. January 2011. Cepat benar mase belalu.

Malam ni naik bas balik kampung. Emak, abah... Anakmu kerinduan... 

Cuti raya cina 9 hari. Buat ape cuti?? Ustaz Azhar cakap tak payah balik kalau kepulangan antum akan menyusahkan mak ayah. Alahai... Itulah nanti yang aku buat... I am sorry.

Tak ngape la ye, kakak pun da nak resign pas raya cine ni. Ade le juge teman aku bual2... Kalau tidak melangut je sorang2.

Katanya sibuk pulak lepas ni. Nak amik kusus kawen, siap barang2 kenuri... Kalau jadi, walimah kakak bulan mei. Tengok la nanti...

Semalam mesej kakak, katanye abang ji da tunang. Betul ke?? Main je kot, die ketawa bukan main lg. Tapi kalau ikut perancangan abah, memang kata abah nak tunggu bulan satu baru pi minang marka abang. Dan sekarang bulan satu dah nak tergelincir pun. Hmm...

Welcome to February. Aiseh!

Berbalik pada 'luahan berani mati'... Actually nak cakap pun ta tau mcmane...

Pengorbanankah kalau aku teruskan niat yang satu ini? 
Berjauhan sebelum sampai masanya.

Tak mudah kan?

Betul la kata Aina mase zaman sekolah dulu, yang namanya pengorbanan itu tak semudah ABC. Tak dikira berkorbanlah kita kalau yang ditempuh itu mudah, bukan berjuanglah kite kalau yang diharung itu tidak payah. 

Ujian itu tarbiyyah kan? Dan tarbiyyah madah hayah. Sabar itu indah. :)

Kata orang bila kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata, pasti akan ada suatu yang indah di pengakhiran nanti. Aku serahkan semua urusan ini pada ketentuanMU selepas ini. 

Kaulah juaraku. Kata-katamu membuat aku berfikir. Dalam diam aku bangga denganmu.  Aku bangga dengan 'keputusan kita'. Peluang untuk engkau dan aku membetulkan diri. 

Satu yang harus kite ingat, 'kalaupun sesuatu itu bermula dengan baik, tak semestinya ia akan berakhir dengan baik juge'...

Jutaan kemaafan aku pohonkan dari setiap kenakalanku selama ini. Akulah yang selalu memualkan. Kegedikan dan keegoanku yang tinggi selalu meminta kesabaran yang hebat darimu. Jiwa dan hatiku yang sering bertingkah seperti anak-anak kecil menuntut engkau bertahan dalam menghadapi apa jua yang aku inginkan. 

Terima kasih daun keladi kerana bersabar denganku. Aku sangat menghargai semua itu. 

Kiranya suatu masa aku tenggelam, engkau pasti akan merindui semue itu... 

Simpanlah ia sebagai penghibur di kala engkau kesunyian.

Selamat berjuang menempuh onak duri dunia hakiki. Ku doakan untaian mutiara soleh buatmu. 

Bingkisan buat camar putih. 

Entry latest dah ni. I'm not a broadband user. So, 9 days at home will stop me from posting and creating another new entries.

I'll miss you my beloved blog! 

Ade mase jumpe lagi. Good luck! :-)




No comments:

Post a Comment