Tuesday, 8 March 2011

bosan dengan belog seniri!

jom bikin cerita..
sebelum tu salam sejahtera buat kenalan semua.
ana ukhtikum bi tahiyyatil islam wal iman... (ecece... entah betol entah tak)

time duduk lepak-lepak dengan aishah dan noha hari tu kitorang sempat berangan,,
kononnya nanti lepas habeh belaja dah ade keje seniri, dah banyak duit...

aku, aishah dengan noha bercita-cita nak sambung degree kat UPM, sambung bahasa arab le juge. dan lepas habeh belaja kitorang bertiga nak apply keje kat institut terjemahan di Selangor.
kire tanak pisah punye plan la ni.

nanti pun kitorang duduk rumah dekat-dekat je. satu taman la kononnye. tanak la sebelah-menyebelah. bahaya!

mane taknye,, nanti kalau aishah beli peti sejuk besar aku pun nak peti sejuk besar. kalau noha beli sofa baru aku pun nak sofa baru. parah la..

so takpe jauh sikit-sikit asal tetap boleh datang makan tengahari kat rumah korang. memang best la plan kite kali ni.

memandangkan pejabat yang kite akan pegi tu same, takde salah la kalau aishah jemput aku dengan noha sebelum pegi pejabat. betol noha??

sebab aku dengan noha tak minat nak pakai kereta sendiri before getting married.
aishah pulak kate die nanti nak bawak van ayah die je, maknenye bukan setakat aku dan noha la yang boleh tumpang. Kire kalau ade cik-cik puan-puan yang satu destinasi dengan kite tu kau ajak skali la cah. muat punye. Gerenti!

aku support duit minyak. noha support duit makan. memang bertambah-tambah la nanti kau makan. takpe tak kisah. 

ade cuti kite jalan-jalan. tengok wayang. lepak tepi pantai port dickson. shopping. makan-makan.

alaa...lupe pulak. kite kan dah janji nak jimat. gaji petama nak buat ape ye?? tak kisah la ape pun.. tapi kita kene kumpul duit. bila dah kaya..............

1) Aishah dengan cita-cita yang tak pernah padam. Ingin memiliki sebuah pusat kecantikan. yang ala-ala New York Skin Care tu. lebih kurang tu la aku rase. itu je yang die sebut memanjang.

2) .....................................................................................!!
Noha??!! yang ni konpius! samar-samar. terlalu banyak yang die nak.
tak dapat nak list.

3) aku pulak teringin sangat nak beli rumah kedai buat untuk makdan abah berniaga. so far yang tu je aku nampak. (itu pun kalau abah dan emak setuju).

Opps!!
lupe. PTPTN jangan lupe bayar kawan-kawan. Hutang tu. huhu!!!

pasangan hidup paling romantik. (tetibe)

bukan ape,,
mesti la nak hidup berteman kan...
ahaa.

tu jela.
tamat.
sekian,,

No comments:

Post a Comment