27 Julai 2010…!
Hari ini kelas dibatalkan sebab lecturer yang patut ajar my class terlibat dengan konvo. Satu hari tak ade kelas. Yahoo!Tapi aku bangun awal sebab aku ingat ade kelas pukul 8. Kalau tak pasti saja aku masih membungkam di atas tilam yang tak berape empuk ni. Tapi apakan daya oleh kerana dah mandi aku pun segar dengan tiba-tiba. Hilang terus rasa mengantuk.
Siap je mandi tengok noha dah bancuh Nescafe. Makan dengan biskut. Macam tulah setiap hari. Pagi je die akan ketuk pintu bilik aku yang indah ni untuk bancuh air. Sebab kat bilik die tak ade heater. So barang-barang makan semue diorang sumbat bawah katil aku. Kalau lapar je diorang akan bertandang buat macam ade kenduri kat my bilik. Nasib baiklah katil aku ni katil baru la jugak kalau nak compare dengan diorang punye. Katil papan lagi. Kan korang?? Heheh…
Memandangkan hari ni tak ade plan apa-apa aku pun nekad nak siapkan essay Asas Pembudayaan dan Keusahawanan yang dah seminggu ustaz suruh buat. 1 Ogos tarikh tutup die. Isnin depan la. Jumaat Sabtu ni cadang gi Lata Payung, Setiu. So mane sempat kalau lambat-lambat.
Lepas zohor baru aku, echa dan noha turun makan di cafe Pok Hase. Anak angkat mak noha kerja sane. Jadi die suruh la noha makn di sane. Cafe yang baru je bukak. Murah. On the way dengan basikal terserempak dengan senior bahtera dekat-dekat area blok J. Wah! Makin cun semua. Great! Dengar-dengar semua senior bahtera dapat sambung degree. Alhamdulillah. Tahniah! Majoriti sambung di UPM. Bahasa Arab Komunikasi. Kak Iqoh may be sambung ke Timur Tengah. Ratu debat bahasa arab tu.
Alahai seronoknya. Tak sabar je rasa nak sambung degree jugak. Lagi 4 semester. Ahh! Kejap je lagi. Pejam celik pejam celik habis la kan. Rileks rileks sudaa…
Kitorang pun borak-borak la jap dengan akak-akak tu sebelum diorang balik. Hari ni diorang konvo. Best! Dan selepas itu kitorang pun memasang angan-angan untuk ke UPM jugak! Bahasa Arab Komunikasi. Okey sangat la tu. Kalau dulu aku beria-ia sangat nak ke USIM tapi sekarang dah tak kisah mane. USIM pun still Bahasa Arab Komunikasi jugak. Cuma bezanya di USIM 4 tahun sebab biasanya USIM ambil pelajar Lepasan STAM. UPM 3 tahun. Okey la memandangkan aku pun dah 3 tahun kat sini. Ewah-ewah! Berangan la kau! Belajar dulu betoi-betoi. Main banyak.
Hahahaha…
Tak salahkan ada impian. Perancangan. Nanti kalau ade rezeki ade la. Allah tentukan.

No comments:
Post a Comment