Memang tidak di nafikan tahun 2010 boleh dikatakan tahun yang agak baik untuk pelakon yang sedang meningkat naik, Lisa Surihani. Dalam beberapa bulan terdekat filem-filem lakonannya seperti Semerah Cinta Stilleto, Lagenda Budak Setan dan Kapoww!! menemui peminat kali ini sekali lagi filem lakonan Lisa Surihani yang tebaru akan menemui penonton dalam masa terdekat iaitu Zoo.
Filem komedi lakonan Lisa Surihani bersama Mazlan Pet Pet menjanjikan sesuatu kepada peminat filem melayu di dalam negara ini. Di arahkan oleh Azhari Mohd Zain dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd. Filem bergenre U ini sesuai untuk tontonan umum.
Secara ringkasnya sinopsis dan review awal filem zoo ini seperti yang disiarkan dalam sinemamalaysia.com adalah merupakan sebuah filem komedi fantasi yang mengisahkan seorang jejaka bernama Lan (lakonan Mazlan Pet Pet) yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan Zoo, Lan secara tidak sengaja masuk ke sessi temuduga yang dibuat oleh pengurus disitu, En. Din (lakonan Bob Lokman) dan Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itu bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan.
Lan telah diperkenalkan kepada seorang lagi pekerja di situ iaitu Sheila (lakonan Lisa Surihani.) Menurut Sheila, ramai pengawal di situ telah lari selepas semalaman berkerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo itu boleh bercakap tetapi Sheila sendiri tidak mempercayainya. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut. Lan sendiri melihat haiwan-haiwan di situ seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan.
Plot cerita seterusnya berkembang bila zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan exotic dan bagaimana Lan yang bekerja di situ mampu menyelesaikan masalah tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah saksikan cerita komedi lakonan mantap Lisa Surihani dan Mazlan Pet Pet ini di pawagam.
Di jadualkan filem zoo ini akan mula di tayangkan di pawagam pada 1 Julai 2010 ini. Trailer dan klip video juga sudah ada di laman Youtube. Memang tahun 2010 ni rezeki murah kepada Lisa Surihani dan pastinya boleh mengembangkan lagi bakat lakonannya.
Hahahaa....
Huhuhhuhu...
Aku tahu cerita ni dah lame, tapi...
Guest what??
Aku sampai hari ni belum tengok lagi...
Huwahuwahuwa....
Tolong la kepade sesiape yang ade sudilah kiranye anda berkongsi pada saye...
ahaks!
Thanks!
Friday, 13 August 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment