Salamun Alaik sahabat-sahabat yang dekat di hati,
Mudah mudahan khabar iman hari ini baik baik terus dalam jagaan Allah.
satu hari saya minta seorang teman menghuraikan serba sedikit tentang aktiviti-aktiviti harian yang yang boleh dikira sebagai ibadah.
Kita punya masa 24 jam satu hari. Tapi apakah separuh daripada 24 jam masa yang kita miliki itu dihabiskan sebagai ibadah?
Justeru saya minta teman saya yang seorang ini untuk menguatkan kepastian bahawa terlalu banyak perkara yang boleh dikira sebagai ibadah.
Tidak hanya fokus pada solat atau baca al-quran sahaja.
katanya,
satu hari saya minta seorang teman menghuraikan serba sedikit tentang aktiviti-aktiviti harian yang yang boleh dikira sebagai ibadah.
Kita punya masa 24 jam satu hari. Tapi apakah separuh daripada 24 jam masa yang kita miliki itu dihabiskan sebagai ibadah?
Justeru saya minta teman saya yang seorang ini untuk menguatkan kepastian bahawa terlalu banyak perkara yang boleh dikira sebagai ibadah.
Tidak hanya fokus pada solat atau baca al-quran sahaja.
katanya,
Ok. Dalam nak buat apapun, yang paling penting adalah niat.
Bila kita dah niat nak buat sesuatu tu kerana Allah, kerana ibadah, maka setiap yang kita lakukan perlu deal dengan agama.
Contohnya bila nak tidur, dan nak jadikan tidur tu sebagai sebahagian daripada ibadah kita, niat sebelum tidur bahawa tidur ini cuma untuk merehatkan badan setelah seharian kita penat dengan tugasan dan bermacam hal. Mind setkan kita nak bangun awal untuk tahajud dan mulakan kehidupan seharian sebagai hari yang bermanfaat dan produktif. :)
" Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku.. " Adz Dzariyat : 56
Dalam ayat ni pun Allah dah jelaskan bahawa apa yang kita lakukan di dunia ni hanyalah untuk beribadah pada Dia.
Contoh lainnya adalah belajar. Bila kita belajar, cuba tanya pada hati kita, apa yang kita sedang buat? Untuk apa kita belajar? Untuk dapat kerja yang bagus? Atau untuk dilihat hebat? Untuk terkenal dengan ilmu? Atau mahu menggunakan ilmu yang kita belajar pada jalan yang Allah redha? Atau nak gunakan ilmu yang kita untuk berbakti pada ummah? :)
Bila kita mendalami sesautu bidang, seperti kedoktoran. Kita jadikan bidang kedoktoran tu sebagai bidang dakwah. Sambil kita merawat pesakit, kita dekatkan hati dia dengan Allah. Kita sebarkan akhlak yang baik dan bermanfaat. Kita galakkan orang jaga kesihatan, dan bukankah kesihatan juga sebahagian daripada keperluan agama? :)
Nah, inikan sudah dikira bermanfaat buat orang lain? ^^
Contoh paling dekat, fb atau blog. Apa tujuan kita melibatkan diri dengan laman sosial macam ni? Untuk terkenal? Atau untuk sebar dakwah dan kebaikan?
Nah. Bila segala perbuatan kita niatkan Lillahi Taala dan kebaikan, inshaAllah pasti Allah akan selalu pimpin. Bila bila hati rasa tak keruan, tanya semula pada hati,
" Aku lakukan ini kerana apa? Diriku? Atau agamaku? Atau Tuhanku? Atau untuk kebaikan ummah? " :)
Bila kita membantu agama Allah dan berjuang kerana-Nya, bantuan-Nya pasti kan tiba. Cepat atau lambat, Dia pasti kan menilai setiap usaha dan mengurniakan balasan yang setimpal inshaAllah.
Semua orang mampu berniat untuk melakukan kebaikan, tapi bukan ramai yang mampu steadfast dan tetap atas jalan dakwah.
Yang dinilai bukan kesan dakwah, tapi setiap usaha kita dalam menjadikan segalanya kerana Allah.
Yakinlah bahawa dalam setiap langkah kita mencuba mendapatkan kebaikan, dan menggapai redha Allah, Allah tak pernah sia siakan.. ^^
Yusuf Al Qardawi pun pernah kata,
" Niat ini adalaha amalan hati, dan bukannya lidah.. "
Biarlah apa yang kita niatkan tu menjadi urusan antara kita dengan Allah, supaya kita terselamat daripada hasad dengki dan niat buruk orang pada kita.
Bila bila kita rasa tak bersemangat dan rasa lemah, pujuk semula hati.
" Duhai hati, jangan rebah dan mengalah. Kerana syaitan kan pasti ketawa berdekah.
Duhai hati, ayuh bangun dan jangun rapuh. Kerana syaitan kan gembira melihat semangatmu runtuh.
Duhai hati, mari kita kembali menangislah diri. Kerana sebaik baik insan adalah yang nafi'an li ghoirihi.
Duhai hati, nikmat Allah sudah terlalu banyak untuk dikira. Layakkah pula aku berkira.
Duhai hati, carilah dirimu sendiri. Yakinilah Tuhanmu dalam hati. Kau pasti mampu kembali berdiri.. " ^^
InshaAllah, biiznillah.
Maaf atas segala kekurangan. Yang baik itu sesungguhnya datang dari Allah. Mudah mudahan ada hal yang bermanfaat yang dapat diambil.
Pesan Baginda,
Sampaikanlah walaupun satu ayat. ;)
Pesan Baginda,
Sampaikanlah walaupun satu ayat. ;)
No comments:
Post a Comment