Segala puji bagi Allah.Tuhan Semesta Alam.
Ku panjatkan syukur yang tidak terhingga kerana dapat bertemu
dengan penghulu segala bulan.
Wahai Tuhan,
tetapkan hatiku di sepanjang bulan penuh barakah ini untuk
terus-terusan mencari maghfirahMu.
Ampunkan dosa-dosaku.
Akukan hambaMU jua.
Ramadhan bulan penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.
Maka Ya Allah. Bantulah aku mengejar ketiga-tiganya.
Aku tidak mahu Ramadhan kali ini sia-sia.
Aku ingin akrab dengan Pencipta. Berusaha menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju syurga.
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat: " Mana orang yang berpuasa?". Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagi orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah akan dikurniakan syafaat mereka.Aku teringin merasa nikmat taat yang sebenar-benar taat. Namun, diri terlalu jauh untuk mengejar nikmat seperti itu.
Alangkah gembiranya hamba yang suci bersih hati-hati mereka.
Semoga Ya Allah. Engkau mengira setiap titis usahaku dalam mendekatiMU. :')
Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: dikala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i)
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat. Berkata puasa pada Hari Kiamat: "Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu".
Dan berkata pula al-Quran: "Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu". Maka syafaat kedua mereka pun diterima oleh Allah."
(Hadis Riwayat Ahmad)
" Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu"
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan)
No comments:
Post a Comment