Tepat jam 2.00 petang pada tarikh 19.10.2011 aku menamatkan paper terakhir untuk semester ini. Rasa segala keringanan kembali melilit tangkai hati selepas masa menjawab diumumkan tamat. Walaupun hakikat sebenar hati tidak merasa puas dengan jawapan sendiri.
Aku gantung segala harapan pada Allah.
Wahai yang Maha Tinggi, tunjukkanlah kekuasaanmu.
Wahai Raja, bertindaklah.
Lapangkan jiwa ini dari segala yang mendukacitakan.
Hari ini dalam kenangan. Masuk ke bilik peperiksaan dihantar oleh bas universiti. ;)
sebelum ni jalan kaki je.
Jadual tempat peperiksaan bertukar pada saat-saat akhir. Setelah semua berhimpun di hadapan dewan besar. Baru tau periksa di bangunan Aisyah. Satu keuntungan bila bas universiti tiba-tiba lalu. Tanpa segan silu ajak driver hantar. On je.
Menyanyi-nyanyi dalam bas satu kelas. Seronok walaupun akan berhadapan dengan paper balaghah yang soalan-soalan die selalu mengelirukan.
Tak kisahlah. Selamat maju jaya kawan-kawan!
Wednesday, 19 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment