Saturday, 13 October 2012

senandung semalam.


Lafaz Alhamdulillah pada kegembiraan untuk setiap perkara.

Pagi hari yang indah ini, aku merasa ingin bersantai dalam kamar sendirian. Namun masih ada urusan yang belum selesai.

Entah mengapa peristiwa itu buat aku teringat-ingat.

Semalaman aku berfikir. Akhirnya aku hanyut dalam lena sendiri.
Membiarkan apa yang bersarang dalam hati di bawa pergi.
Nanti pasti akan ada juga kesudahannya. Cuma bukan sekarang.
Yang tidak merasa tak akan faham situasinya bagaimana.

Lalu aku hembuskan keluhan berat itu setenang mungkin. Berharap hatiku akan beransur tenang seperti selalu.
Mana mungkin. Kata-kata terakhir dia buat aku tidak selesa.
Bukan pertama kali diungkap begitu.
namun, kali ini benar-benar buat aku walah.

Duhai hati, kau hanya pinjaman. Berusahalah untuk tenang.

Kembara ke Mafraq semalam buat aku tersenyum selebar-lebarnya. Sudah pasti aku mahu mengubati hati.
Sudah tentu aku mahu terlihat gembira di hadapan mereka.

Makan malam di PRISMA al BAYT, Mafraq. 



Sekalipun salamku tidak sampai kepada dia. Aku ingin benar menyapanya lagi. Tapi bagaimana?
Tak mungkin lambaianku di raih lagi.

Dalam kembara semalam aku temui engkau di Abdali. Kau cantik sekali. Tapi aku cuma diam. Menjawab apa yang kau tanya. Bertanya sekadar berbasi-basi.

 

Sudah aku katakan. Perpisahan yang sebulan ini telah merampas keakraban dan keselesaan untuk kita bergurau seperti dulu. Kau dapat rasakan?
Aku jadi malu tiba-tiba. Mungkin kerana masih ada teman-teman yang memerhati kita.

Saat kau peluk aku erat. Aku sambut hangat dakapan engkau. Selesa diperlakukan begitu. Ku rasa tenang sedikit. Sebenarnya banyak perkara yang ingin kukongsi bersama. Namun, keadaan yang tidak tepat tak membuat aku bersuara banyak waktu itu.

Aku jeda dalam terpaksa.
Membiarkan engkau berlalu kerana kita masing-masing faham akan tugas seterusnya.

Barangkali Allah merancang satu pertemuan yang lebih indah untuk kau dan aku berkata-kata lebih pada masa seterusnya. Aku akan menanti. Dan aku percaya kau lebih lagi. Iya kan Wan Nur Farhanah?

Dalam perjalanan pergi. Aku melihat sahara. Aku melihat sedekup unta. Sekelompok biri-biri. Aku terbayang dia ada di sana. Di atas padang pasir halus itu.

Terasa walah yang amat. Cepat-cepat aku singkirkan lamunan. Kerana dia tak akan ada di sini. Tidak.

Kau pernah minta aku menulis sesuatu. Aku tuliskan yang ini. Tapi tidak banyak isi kandungannya. Tentu saja tidak menepati apa yang kau citakan.

Aku akan menulis lagi. Untukmu. Barangkali untuk bercerita yang panjang nanti. Warkah ini adalah dari jari hati aku sendiri. 






 


 


No comments:

Post a Comment