Assalamualaikum people!
Saya sedang menghabiskan masa cuti di Mu'tah. Dah lima hari saya habis final. Belum ada perancangan menarik rasanya walaupun sudah hari kelima berlalu. Sebelum cuti bukan main macam-macam berlegar dalam kepala. Semua nak buat. Itu ini. Tapi bila dah cuti, satu apa pun tak jalan.
Kata murabbi kecil saya, cuti yang kita ada ini bukanlah masa untuk berehat sepenuhnya. Bukan untuk kita gunakan pada perkara sia-sia. Kita cuma cuti sekejap, sedangkan perjuangan selepas ini masih panjang. Tak bermakna harus tutup buku. Siapa bilang tak perlu muraja'ah? Kita kan masih ada madah yang berbaki. Kenapa tinggalkan dhuha? Kenapa lupakan solat hajat? Kenapa ketepikan sunat rawatib? Usah beri alasan untuk qiyamulaial okay! Hei you! Cuti yang engkau lalui sekarang tidak pernah memberitahu bahawa engkau sepatutnya bercuti dari melakukan perkara-perkara itu.
Sebaiknya rancanglah sesuatu yang bermanfaat.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (61:10-11)
Teringat satu peristiwa yang diceritakan oleh si murabbi kecil. Waktu sedang berviber tiba-tiba bateri hand phone lemah.
"Akak! kejap-kejap. Bateri kite lemah. Nak cas."
"Okey okey..."
"Akak. Kalau bateri hand phone kite lemah cepat je kite cari charger nak cas. Tapi bila iman kite lemah adakah kite akan cepat-cepat nak cas...?"
Kalam itu benar-benar meninggalkan kesan pada saya.
Saya mahu cuti kali ini bermakna!
Mu'tah makin sunyi. Ramai yang dah berangkat pulang ke tanah air. Wah! Bestnya! Ramai juga yang menunaikan umrah. Lagilah best! Ramai juga yang berziarah ke luar dari Jordan. Masing-masing dengan plan sendiri.
Rancangan saya dan kawan-kawan untuk menziarah ke Cairo cancel pada saat-saat akhir. Kawan-kawan yang di Cairo sedang mahu berhempas-pulas menduduki final exam. Siapa nanti yang akan jadi pemandu pelancong kami? Siapa nanti yang akan bersusah-susah melayan kerenah kami? Sebagai alasan yang munasabah, mereka memang tidak patut diganggu. Justeru, keinginan itu kami batalkan.
Jumpa lain waktu Cairo!
Menurut saya, tak apalah kalau tak dapat ke Cairo cuti kali ini. Lain kali saja. Di Jordan sendiri pun masih banyak tempat belum saya lewati. Balik-balik tempat sama. Amman, Karak, Mazar, Jabal Iraq. Ade lagi, gua Ashab Kahfi! Irbid! mafraq! Sempat singgah ziarah kawan-kawan seawal berlabuh di bumi kinanah ini.
![]() |
| Hotel Abbasi, Amman |
![]() |
| Jabal Iraq (tengok matahari terbenam) |
![]() |
| Gua Ashab Kahfi |
| rumah berkumpul, Mafraq - UNISZA |
Kan ada laut mati. Aqabah, Petra. Air terjun air panas. Wadi Rum... etc.
Saya belum pergi aqabah. (sila jangan ketawakan saya)
Jom kakak-kakak kita pergi Aqabah nak tak?
"Katakanlah (Muhammad), "Jelajahilah bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu." (6:11)
Ayuh kawan-kawan kita mengembara di bumi Allah sambil melihat dan memerhatikan alam ciptaan Allah ini dengan mata hati. Bermusafir akan membuka mata manusia melihat keindahan alam yang terhampar buat para penghuninya. Malahan, kita dapat lihat kemusnahan umat terdahulu disebabkan penentangan mereka terhadap Allah sebagai amaran dan peringatan buat generasi akan datang.
Sekian.



assalamualaikum,
ReplyDeleteterima kasih sudi keteratak bunda...
wsalam..
ReplyDeletesame same ;)
Menarik ceritenye... Dh brape lame Study kt sane?... Tringin gak Travel ke sane... (^_^)... Cuti ni x balik kg? He3
ReplyDeletehee ;)
Deletetahun satu baru.. about eight months..
beraue di sini ;)
jemputla.. di alu alukan...