Wednesday, 22 May 2013

sepucuk surat kutulis

Assalamualaikum people! 
Lama saya tak menulis. (Agaknya dia lupa dia ada blog)

Dear Aishah, Noha! 

"Salam Zuzu, zu tipu kate nak balik. :( 
Aishah berangan-angan da. Noha cerita tadi. 
Hmm takpe zu, aishah akan doakan yang terbaik untuk zu. 
Insya Allah zu akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat. 
Aishah tahu zu banyak usaha untuk final nie. chayok-chayok ye. 
Sayang zuzu sangat-sangat! 
Zu, rijal da setuju nak kawen mase zu balik sini nanti! 
Hek hek janji make up kan aku tau. Denda tu! 
Zu, walaupun kite jauh aku tak pernah lupa kat kau. Rindu sangat kat Zuzu saya!" 

The message i have received last night from my beloved friend, Aishah. Runtun hati saya bila dia beriya-iya minta ditangguhkan tarikh perkahwinan yang telah dirancang oleh keluarga bakal mentua. Terima kasih sahabat! Semoga saya menjadi seorang yang berpegang pada janji untuk pulang tepat masa dan menemanimu di hari bahagia engkau nanti. I really hope so.

Cah, mesej kau ni buat aku selalu rasa bersalah. Aku marah kalau kau nak kawen sebelum aku balik Malaysia. Tapi dalam masa yang sama aku pun tak sanggup siksa jiwa buah hati pengarang jantung kau biar dia tunggu lama-lama! Thruthfully saya tak kejam! Hahaha! 

Cah, i told you so many time, we planned, and Allah planned too indeed He is the best planner! Jika masa yang tepat itu sudah tertulis datang pada hari sekian sekian, siapa saya yang mahu menahan-nahan?! Dan jika tarikh keramat itu tertakdir belum masa, siapa saya yang mahu menggesa-gesa? Jadi... 

Berita ini buat saya sangat gembira. Yeay! Kalau Allah beri izin, saya sangat teringin berada dan berdiri di sisi awak pada hari bahagiamu itu. Sebagai seorang sahabat, saya betul-betul mahu awak bahagia Cah! Saya sanggup temankan awak sebelum awak sepenuhnya akan jadi milik dia. Moga awak suka!

Cah, berderai air mata saya di hari persandinganmu! Hahaha! Gedik! Taklah. Saya tumpang gembira. Satu lagu untuk awak ---> Isteri cerdik yang Solehah! selamat beramal! Rebutlah peluang yang banyak setelah bergelar isteri. 

Till then, jumpa lagi. 
p/s : Lepas kau nikah nanti, hope dapat gathering bertiga lagi. Kalau tidak, alamat cemburulah kau tengok aku berkepit dengan Noha ke mana-mana! :P



 


No comments:

Post a Comment