Assalamualaikum people!
Sebelum menjadi tetamu bumi syam ini, saya sering membayangkan, Mu'tah ini bagaimana ya? Walaupun seringkali membaca dan medengar cerita tentangnya saya tetap akui bahawa proses mendengar dan melihat serta merasainya sendiri amatlah berbeza. Sehinggalah kini setelah mendarat hampir 7 bulan di bumi ini barulah semua persoalan itu terjawab. Tidak kisahlah mereka melayu, jawa, banjar, orang putih, orang jepun mahupun orang arab tapi bilamana berdiri atas nama manusia, tinggal di bumi dan bukan di planet marikh ianya akan jadi sama sahaja.
Saya membayangkan perempuan arab itu berjubah hitam lengkap sepasang setudung seniqab tapi rupanya tidak. Mereka juga seksi tahu! Peluh kecil di situ. Tertipu saya. Pfffftt.
Saya membayangkan lelaki arab itu berjubah berserban segala bagai tapi tidak rupanya. Mereka juga memakai jeans seperti typical malaysian guy. Sekali lagi saya tertipu.
Tapi tidak saya katakan semua arabians begitu. Cuma sebahagian besarnya begitu sehingga pada suatu hari apabila pergi melawat ke makam para syuhada' salah seorang penjaga makam tersebut meluahkan kekecewaannya terhadap wanita-wanita arab yang seksi tabarruj dan lain-lain. Beliau juga sempat mengatakan begini.
"Saya sukakan malizi. saya sukakan mereka kerana agama islam."
Menurutnya lagi, wanita-wanita arab sepatutnya berpakaian seperti mana akhawat mu'tah berpakaian. Menutup aurat, tidak tabarruj dan sebagainya. Lalu terdetik di hati kecil saya apakah agaknya perasaan pakcik ini jika beliau datang ke malaysia tanah tumpah darah saya dan menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bagaimana umat islam di malaysia itu. Uhuk-uhuk! (batuk kecil saya)
Sepintas lalu teringat gurauan sahabat-sahabat yang saya tinggalkan sebelum berangkat ke sini.
"Nanti carikan aku pak arab sorang weh :D"
Ehemm! Jika saya mencari syabab arab saya akan cari untuk diri saya sendiri bukan untuk anda. Hey! Oh tidaklah. Itu juga satu gurauan. Why? Mungkin pahit untuk saya katakan tapi itulah hakikatnya. Qulil haq walau kana murran (katakanlah kebenaran walaupun ia pahit).
Ini fakta yang saya rasa sesuai!
9 daripada 10 syabab arab merupakan perokok!
Hatta yang berjubah juga merokok. Serban mereka itu tidak menjamin bahawa puntung-puntung rokok tidak menghiasi tangan mereka. Oh shisha juga. Jadi bagaimana? Masih mahukan syabab arabkah? Oh saya mencadangkan supaya kalian berfikir 2 3 4 5 6 7 8 9 bahkan 10 kali dan menimbang semula cadangan kalian. Oh ya. Semalam saya dan kawan-kawan makan di sebuah mat'am. Di mat'am tersebut sebelum sempat menempah makanan sudah ada wanita arab yang sedang menyedut dan menghembus-hembus asap rokok. Huh! Kami sampai terpaksa berpindah-pindah tempat duduk kerana seorang daripada rakan saya tidak tahan dan akan pening dengan bau rokok.
Sudah pindah ke tempat duduk lain pun, tetap ada perempuan arab yang merokok. Jadi bagaimana? Merokok di kalangan perempuan arab itu adalah perkara 'adi bagi mereka. Bahkan saya sendiri sering melihat mereka merokok di dalam tandas di jami'ah. Yang membuat saya berfikir banyak kali adalah yang bertutup berniqab juga merokok apabila masuk ke tandas. Sehingga rakan saya yang anti dengan perempuan arab yang merokok itu bersuara,
"Macamana anak-anak diorang tak panas? Mak die pun merokok..."
Keluhan besar di situ. Yes kerana yang merokok itu adalah seorang ibu yang bersama anaknya yang masih bebi. Dapat bayangkankah?
Pergaduhan antara a'ilah (puak) merupakan 'uruf yang menjadi bahan tatapan umum. Seringkali terjadi mahupun di jami'ah atau sekitar mu'tah. Segala jenis senjata seperti pistol dan alatan tajam seperti pisau memang berleluasa di sini. Das-das tembakan menjadi lagu hati. Pergaduhan paling besar yang pernah saya hadapi setakat ini, yang terjadi paling baru sekali. Natijah daripada intikhabat jami'ah (pilihanraya kampus) terjadinya pergaduhan besar-besaran.
Hari pilihanraya pada 27 Mac 2013 hari rabu. Saya tidak ke jami'ah. Tentu tak ada kelas. Hari khamis cuti kerana pilihanraya itu. Jumaat sabtu memang cuti. Kemudian hari ahad sepatutnya kelas. Tapi portal mengumumkan cuti lagi kerana pergaduhan semakin teruk. Dan pada hari isnin hanya bertahan sampai tengahari. Pergaduhan semakin kencang menjelang azan zohor. Semua pelajar malizi sibuk pulang ke Mu'tah. Hebatnya pergaduhan ini sehingga melibatkan pihak gas pemedih mata turut terlibat sama. Dan salah seorang pelajar telah disahkan meninggal akibat lemas dengan gas tersebut. Dan balai polis turut di bakar.
Sudahnya, cuti ini tertunggak hinggalah hari khamis. Pelik bangsa mereka ini. Kalaulah begini juga jadinya, menurut saya lebih baik tidak perlukan pilihanraya. Lantik saja siapa pun yang kalian suka, kemudian berbalah. Lantik semula dan berbalah semula. Apa guna kalian berkempen di sini sana kalau sudahnya apapun natijah pilihanraya itu nanti kalian tetap juga bergaduh antara a'ilah seperti ini? Menyusahkan kami yang bukan berbangsa arab ini. Tidak tahukah? Terpaksa pula menghadiri kelas ganti dan mengorbankan masa cuti! Argggh!
Tapi, kerana cuti itu jugalah saya berpeluang keluar dari Mu'tah dan bershopping di Amman dengan sahabat-sahabat lain. Kami keluar pada hari rabu dan pulang semula ke Mu'tah pada hari khamis sesama akhawat.
Next. Toilet yang sangat kotor, dan itu sudah tidak menjadi satu suasana canggung mahupun janggal. Mahu tidak mahu hidup tetap perlu diteruskan.
Itu adalah fakta-fakta pahit yang perlu saya akui sepanjang 7 bulan di sini. Sepanjang 7 bulan menjadi jiran para sahabat yang syahid di medan perang mu'tah ini. Saya di sini bukanlah ingin memburukkan tanah tempat tarbiyah saya ini tapi biarlah ianya menjadi pengajaran kepada semua. Tidak kiralah bertebaran di atas bumi mana sekalipun hatta di ardul kinanah sekalipun, jika tidak pandai membawa diri, tidak pandai mentarbiah diri kita akan hanyut dalam kesesatan.
"Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-quran) dan sunnahku."
HR Malik bin Anas
So, jika inginkan islam itu teguh semula, jika inginkan khilafah itu bertapak kembali, kita umat islam harus berubah. Berpeganglah pada al-quran dan sunnah. Hidupkanlah islam itu. Ingatlah bahawasanya orang kafir itu tidak takut akan demonstrasi besar-besaran, tidak takut akan pembakaran rumah dan kereta, tidak takut akan tunjuk perasaan tetapi mereka takut akan ramainya jemaah di masjid ketika solat subuh dan ramainya yang bangun malam untuk qiamullail.
p/s: sila jangan risaukan saya. InsyaAllah saya tak apa-apa. Orang arab tak baca blog saya tau! :D
That's all. Wallahu a'lam.
Yg baik jadikan teladan..yg tdk baik jadikan sempadan..
ReplyDeletebaiklah ;)
ReplyDelete