Assalamualaikum people!
Hari ini saya keluar awal ke jami'ah. Sampai di pintu utama, pak guard yang ada kat situ kata, "ma fi dawam (takde hari bekerja)". Kira cuti la senang cerita. Cuti akibat pilihanraya kampus, khusus untuk pelajar-pelajar arab sahaja. Pelajar-pelajar malizi pilihanraya antara pelajar-pelajar malizi sahaja. Pelajar-pelajar thailandi pilihanraya antara pelajar-pelajar thailandi sahaja . Dan pelajar-pelajar indonosi pilihanraya antara pelajar-pelajar indonisi sahaja (ye ke tak tah, aku pun tak sure mane sebenarnye samada thailandi dan indonisi ada pilihanraya atau tidak antara mereka. haha).
Ada 'asobiah antara 'ailah di situ. Demi kebaikan masing-masing supaya tak la berlaku pergaduhan sekiranya tampuk jawatankuasa dimenangi oleh bangsa bukan arab. Heh! Lalu koster yang saya naiki terus berpusing dan berpatah balik menghantar semua penumpang ke Mu'tah. Balik. Geram je rasa dah siap lawa-lawa macam ni tak ada kelas pulak (padahal suka!).
Guys! Sepatutnya hari ni saya ambil keputusan hazaf madah. Memandangkan hari ini cuti maka tertunda lagilah keputusannya. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit turunkanlah. Jika rezekiku masih di bumi keluarkanlah. Jika susah permudahkanlah. Jika jauh dekatkanlah. Jika haram sucikanlah. Wahai tuhan sekalian alam. Semoga keputusan yang dikeluarkan itu tidak mengecewakan saya dan kak Tikah. Takutnya. Saya nak hazaf 15 madah dan mahu pulang segera. Segera!
Dan Tuhanmu berkata: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." 40:60
And your Lord says: "Call on Me I will answer your prayer. But those who are arrogant to serve Me will surely find themselves in hell in humilation." 40:60
Tolong doakan saya ya!
Saya percaya, jika Allah nak berikan sesuatu kepada seseorang, tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah manghalang kebahagian kepada seseorang, tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita, walaupun seluruh pelusuk dunia berusaha melakukan apa-apa, tetapi mereka tetap tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah.
Jika Allah mengaturkan untuk kita apa yang orang sangka kita tewas, kita akan melihat kemenangan di sisi Allah. Jika Allah mengaturkan apa yang orang rasa kita rugi, Allah akan memberi keuntungan daripada mana-mana jalan yang manusia tidak pernah sangka. Allah berhak mewujudkan keajaiban kepada mana-mana hamba yang Dia kehendaki.
Okay! Stadi.
| manfaatkan cuti anda dengan mengulangkaji! |
OSEM!
Ordinary Student Extraordinary Muslim!
alhamdulillah. Doa senjata yg paling hebat. :D
ReplyDelete