Assalamualaikum people!
Memang banyak perkara saya nak cerita. Banyak perkara saya nak kongsi. But deep inside my heart keep telling me, "kau ni cakap kat blog je lebih pum pam sana pum pam sini. Kau buat tak? Direct tegur diri sendiri!" I had just finished my last paper yesterday. Adab Muqoronah. Seriously stressed. Tetibe. Okay abaikan (nak bagitahunye after the last paper, sy ade la sedikit mase utk berblogwalking dan menulis sst di sini).
"Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan." 61:2-3
Hari ini saya menerima satu bungkusan kecil yang sangat comel. Balik saja dari party celebrating my friend's birthday, ada sesuatu untuk saya di atas meja. Seriously saya gembira. Thanks deliver.
Pejam celik pejam celik dah 7 bulan saya bertapak di bumi syahidnya saidina Jaafar Abi Tayyar, syahidnya saidina Zaid Bin Harithah, syahidnya saidina Abdullah Bin Rawahah, baru semalam rasanya emak dan abah mendakap ketat diri ini di KLIA.
Sepanjang 7 bulan ini juga saya telah berjinak-jinak dengan jalan dakwah dan tarbiyah ini. Kalau baby 7 bulan belum boleh jalan pun lagi, begitulah keberadaan saya pada jalan ini. Sekejap jatuh sekejap bangun. Kadang-kadang semangat sangat. Rasa macam ya Allah berkobar-kobar nak tegakkan ustaziyatul alam tapi kadang-kadang rasa macam takde semangat langsung, rasa malas sangat nak pergi usrah, mutabaah amal pun tunggang terbalik. Haiih! Act, there are one more usrah i've join since two week ago. But i prefer to call it 'bulatan gembira'. This 'bulatan gembira' really make me jatuh cinta you know!
Biasalah manusia iman turun naik. Nabi je yang iman sentiasa naik. Bila rasa semangat tu datang rasa awesome gila macam bertuahnya Allah pilih saya untuk jalan dakwah ini. Tapi bila macam dah penat kat atas jalan dakwah ni, bila rasa macam bosan la jalan dakwah ni saya sendiri tak kenal siapa saya. Quran tinggal, ma'thurat tinggal. Sumpah hati rasa kosong.
And today saya ada baca satu blog ni yang menceritakan tentang seorang ukhti kat Jepun. Dia cerita how difficult for her to join usrah, but the awesome part is she could make it. Dush! Malu gila rasa. Dia dah la kat Jepun Saya kat Jordan, tanah arab, tanah islam, tanah anbiya'. Tanah yang sahabat-sahabat pijak dulu tapi iman saya terumbang-ambing. Haih!
Seriously keadaan sekeliling kita tak membantu pun. Benda tu semua atas kehendak sendiri. Kalau kita nak, Allah bagi tapi kalau kita taknak kita tak dapat.
Sometimes saya cemburu tengok akhawat and ikhwah yang belajar kat UK, Japan, Aussie semua tu yang tak berada dalam bidang agama ni. Saya tertanya-tanya how the hell diorang boleh survive hidup kat negara bukan islam, environment bukan islam tapi sangat awesome dalam jalan dakwah dan tarbiyah. Kali pertama pertemuan saya dengan 'bulatan gembira' pada hari itu, naqibah saya kata tarbiyah itu langit. Kenapa langit? Katanya kerana langit itu luas. Boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Maka tarbiyah itu luas dan berhak dinikmati oleh siapa sahaja termasuk non muslim. Okay. Accepted!
Then bila lihat benda tu semua baru saya sedar kenapa Allah hantar dan perkenankan permintaan saya menumpang sementara di sini sebab Dia tahu saya boleh jadi lebih baik di sini. Kalau Allah hantar saya ke sana maybe saya akan jadi even worse. Jauh dari islam. See? We planned. Allah planned too indeed Allah is the best planner.
Since join this 'bulatan gembira' saya rasa seronok sangat. Seronok macam dapat makan laksa penang! Tetiba. Tak ada kaitan. Abaikan. Seronok bila ada ukhti fillah yang caring tanya khabar, bagi 'ayat cinta', bagi semangat, (and proudly claimed that bungkusan comel yg sy terima hari ini adalah daripada my awesome naqibah) dia juga bagi dorongan bila kita rasa down, they'll be there for me. Comel kan? Ahaks.
Even saya baru bayi dalam jalan dakwah ini saya nak sangat jadi macam Khalid al Walid yang dah boleh jadi panglima perang islam walaupun baru 6 months masuk islam. Saya nak sangat jadi seorang daie yang awesome, cool, comel lagi bergaya. hey!
So, akhawati fillah sekalian, saya nak ajak join gerabak dakwah dan tarbiyah ni. Jom la. Awak nak ikut tak? Boleh sama-sama masuk syurga nanti. Comel je kita nanti pegang tangan sama-sama masuk syurga Allah kan? :)
Lastly, ballighuni walau ayah (sampaikan padaku walau satu ayat!)
Sekian, wassalam.


No comments:
Post a Comment