Tuesday, 26 March 2013

Wasiat

Assalamualaikum.

Kesedihan yang menggamit hati kerana kehilangan ulama'-ulama' besar kita baru-baru ini. Walaupun saya tidak pernah berjumpa dengan mereka, namun kehilangan mereka adalah kehilangan besar bagi umat islam dan seisinya.
Al-fatihah buat Tuan Guru Haji Ali Kedah, Tuan Guru Haji Muhammad Abdullah, Dr. Uthman El Muhammady. Serta tak lupa Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti.

Saya kongsikan 10 wasiat Imam Hassan al Banna. Pertama kali saya dibacakan wasiat ini, saya rasa sangat terkesan dan semua ada hubung kaitnya dengan saya. Malah juga anda semua. 


(1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.

(2) Bacalah al-quran atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain atau zikirlah kepada Allah. Janganlah engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.


(3) Bercakaplah dengan bahasa arab yang fasih kerana ia termasuk dalam syiar islam.


(4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.


(5) Jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.


(6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.


(7) Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.


(8) Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.


(9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau temui walaupun ia tidak meminta daripadamu sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal-mengenal.


(10) Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.


2 comments:

  1. Terima kasih share. Sgt mendalam.

    ReplyDelete
  2. same same :)
    ballighuni walau ayah (sampaikan padaku walau satu ayat!) :)

    ReplyDelete