Assalamualaikum people!
Bila semua orang keep updating about ramadhan, i feel like to talk something juga bout ramadhan. Rasanya belum lewat untuk ucapkan ahlen pada ramadhan. Mesti semua orang dah setting baik punya dalam minda nak jadikan ini ramadhan paling baik setakat ramadhan-ramdhan yang telah berlalu kan?
Yes i do!
Bismillahirrahmanirrahim.
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(2:183)
Semalam hari pertama saya dan mereka solat terawih di masjid syuhada'. Pagi ini saya terlewat sahur. Jam 3.50 a.m baru bangun. Azan subuh berkumandang jam 4.04 a.m. Awal kan? Awal gile. Pun begitu, saya sempat juga makan nasik dan meneguk air coklat panas. Esok bangun awal ye.
Guys out there! Nak tau kenapa bulan ramadhan jadi bulan yang paling mulia berbanding the other 11 months? The answer is al-quran al-kareem telah turun pada bulan ini. Saya percaya jika al-quran tidak turun pada bulan ini, nescaya bulan ini sama sahaja seperti bulan-bulan lain.
So, sesiapa sahaja yang ingin dirinya mulia, letakkanlah al-quran dalam diri. Sahabat-handai dan rakan-rakan alam maya ayuh 30 hari ramadhan bersamaan 30 juzu' al-quran. InsyaAllah.
For your information, jordan sekarang musim panas. Waktu siang lebih panjang berbanding waktu malam. Azan subuh jam 4.04 a.m manakala azan maghrib pada jam 7.44 p.m. Means 16 jam berpuasa. Malaysia 14 jam kan? Er. Makan jam 3 setengah pagi? How do?
Tapi okay sahaja. Jadual kelas pun dah disingkatkan. Satu madah 50 minit sahaja untuk bulan ramdahan. See? Mereka lebih ihtirom bulan ramadhan berbanding eid mubarak.
Oh ya. One thing yang saya nak sebutkan tentang mulianya bulan ini.
"Bulan ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda di antara yang haq dan batil."
(2: 185)
The word 'diturunkan' itu jika kita i'rabkan ia adalah fe'el madhi lilmajhul yang mana fa'ilnya tidak diketahui. Allah tidak menyebut 'Aku menurunkan' instead of saying 'diturunkan'. Lihatlah betapa Allah merendahkan Dirinya tetapi memuliakan bulan ramadhan. Itu baru dari sudut nahunya.
Betapa cantiknya kalam ini buat saya makin terpukau akan keindahan belajar bahasa. Pantaslah udaba' masa lampau mampu menghasilkan syeir-syeir arab yang tersohor di mata dunia. Mereka telah terlebih dahulu terpukau akan keindahan bahasa al-quran. Saya cemburu!
Dan dari itu saya telah meluangkan masa di dalam kelas berangan kecil bahawa suatu hari nanti jika diizin Tuhan, saya mahu bercerita kepada anak-anak saya tentang sihir-sihir (ayat-ayat memukau) yang terdapat di dalam al-quran ini sebagai pendahuluan tidur mereka. Jika manusia hari ini sibuk mendendangkan kisah dongeng sebagai ubat tidur anak-anak, saya akan sibuk dengan kalam wahyu yang memukau ini. Biar mereka terlebih dahulu jatuh hati pada al-quran.
Teet. Teet. Dah asar. I got to go.
Ramadhan kareem. (Ramadhan yang mulia)
Allahu akram! (Allah lebih mulia)
Sekian.
Wednesday, 10 July 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ramadhan :)
ReplyDeleteSelamat berpuasa..
ReplyDelete