Dah seminggu lebih berpuasa. Hari ni masuk hari ke-10. Tamat satu fasa dalam bulan mulia ni which is called fasa 'rahmat'. Semoga sepuluh hari yang telah berlalu ini penuh dengan rahmat Allah buat kita semua. Oh ramadhan, maafkan kami jika tidak sempurna menghargaimu.
Saudara-saudara saya sekalian. Ada pesanan ringkas sikit. Untuk diri dan anda semua.
"Jangan rasa senang dengan dosa. Sebab bila kita terbiasa dengan dosa, ia tak berhenti di situ sahaja. It will lead to another. Naudzubillah. Jadi bila kita sedar akan dosa cepat-cepatlah berhenti.
Sedarkan diri, make taubah. Kalau tak, kita akan terus tenggelam dalam lautan dosa. InshaAllah, Allah itu kaya dengan kasih-sayang. Allah itu murah dengan keampunan."
Bersahur di rumah sini,
terkenang bersahur di rumah sana.
Berbuka di rumah sini,
terkenang berbuka di rumah sana.
Lihat suasana terawih di sini,
terkenang suasana terawih di sana.
Lihat kanak-kanak girang bermain pada waktu malam di sini,
terbayang kanak-kanak riuh-rendah bermain pada waktu malam di sana.
Segala-galanya terkenangkan suasana di sana.
Tahun lalu semua bersama mereka.
![]() |
| Selesai solat terawih di masjid MAZAR (berhampiran as-syahid 3 sahabat perang mutah) |

No comments:
Post a Comment