Thursday, 1 August 2013

Misteri apa?

Assalamualaikum people! 

4 hari yang lalu seorang budak lelaki berbangsa arab datang ke rumah minta sedekah. Saya berikan dia duit. Dua hari yang lalu ada seseorang mengekori saya sampai ke depan pintu rumah. Menyedari ada seseorang di belakang saya menoleh, dan saya mengenali budak itu. Dialah lelaki yang minta sedekah tempoh hari. 

Makin saya menjauh, makin dia mendekat. Sumpah berderau darah saya memikirkan keselamatan diri. Makin saya lajukan langkah makin dia bergerak pantas mendekat saya. 

Sampai depan pintu saya menjerit-jerit minta dibukakan pintu. Bergegas saya masuk dan mengunci semula pintu sebaik teman rumah bukankan pintu. Cuak menggila keadaan saya. 

Saya kasihankan budak itu. Tetapi antara kasihan dan ketakutan ternyata ketakutan terhadapnya lebih banyak. Maafkan saya. 

Semalam ada seseorang tekan loceng pintu rumah kawan saya. Saya berada di rumah itu. Bila di tanya siapa, tiada suara. Tapi ada bunyi tapak kasut di depan pintu. Oleh kerana dia tidak bersuara, kami biarkan sahaja. Tiada kekuatan untuk buka pintu. Kejadian kira-kira 9.45 malam. 

Jam 11.30 malam saya keluar rumah untuk pulang ke rumah saya tetapi kasut saya hilang. Weh! Saya baru beli kasut tu 4 dinaq kot. Hilang sudaa. 

Siapa ambil? Siapa yang main loceng? 

# Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri! 

2 comments:

  1. dulu masa study, ada member tu duk ground floor.Masa tu ramai2 tengok cite hantu indon, tetiba dengar bunyi kunci kat luar bilik tapi tak dengar bunyi tapak kaki orang berjalan..mula2 kuat pastu tak dengar..serammm..Fikir positif!!uhu

    ReplyDelete