Saturday, 17 August 2013

Save Egypt oO Allah

Assalamualaikum people! 

Mohon doakan saudara-saudara kita yang sedang berada dalam suasana genting di sana. Qunut nazilah dan solat hajat please.

Kita mungkin tidak mampu untuk sama-sama berdiri megah di medan Rabaah sana. Justeru hantar sekecil-kecil usaha yang kita mampu. Doa. 

Ya Allah. Janganlah dosa-dosa kami menjadi penghalang kemenangan terhadap saudara-saudara kami. Sungguh demi kemuliaanMu kami letih melihat penderitaan mereka. 

Semalam saya dan kak Tikah ziarah ke rumah mama. Bermain-main dengan si kecil Yusuf. Anak sekecil dan selincah ini benar-benar menghibur hati. 

Yusuf baru bangun tidur. Terus minum susu. 
Teruslah membesar dan menjadi pejuang agama Allah. 

Sengaja saya minta dia colourkan kuku di jari saya sebab dia suka bergaya. Kuku dia kaki dan tangan dia colour.  Dia paling suka colour merah. Mak ngah you!!
Melayan kerenah mereka memang buat saya bahagia. Assykuruka ya Allah 'ala hazihin nikmah. 

Kami berdua saja ke rumah mama. Sunyi kak Ain tak ada. Kalau kak Ain ada, mama mesti sembang panjang.
Anak-anak yang manis-manis. 
Sesungguhnya saya tidak faham kenapa kanak-kanak secomel mereka ini sanggup di zalimi, di tembak, di bunuh tanpa belas. Apalah dosa mereka yang hanya baru belajar untuk memulakan hidup sebagai manusia. 

"Tidak sama para penghuni neraka dengan para penghuni syurga, para penghuni syurga itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan."

(59:20)

Kalian wahai para mujaheed! Berbahagialah kalian bertemu dengan Tuhan yang kalian rindukan. Kami yang masih bernyawa tidak pernah tahu bagaimana kematian akan menjemput kami. 

p/s : kepada pelajar-pelajar malaysia yang belajar di Mesir, semoga semua berada dalam keadaan baik-baik. Janganlah kalian mengira tiket balik percuma ke tanah air kalian sebagai perkara seronok-seronok semata kerana sedarlah bahawa saudara-saudara kita masih gigih bertahan di medan sana demi menegakkan yang HAQ. Demi menolak berada di bawah pemerintahan yang zalim! Sedang kita pulang ke kampung halaman membawa bekal apa untuk ummah? Mahu bercerita apa pada mereka?

p/s : Jangan kerana dosa-dosa kita, kemenangan untuk mereka tertangguh. 

Sekian. 


No comments:

Post a Comment