Assalamualaikum people!
Kadang-kadang saya rasa perlu pulang
untuk mencari kembali semangat yang hilang.
Kadang-kadang saya rasa perlu bercerita
tentang semua rasa di jiwa
Tapi pada siapa?
Kadang-kadang saya rasa perlu keluar
dari kemelut melanda
tapi bagaimana?
Kadang-kadang saya rasa semacam
putus asa
untuk teruskan perjuangan yang masih bersisa
Tapi teringat janji pada mereka
mana mungkin saya biarkan mereka kecewa.
Kadang-kadang saya rasa
mahu menjerit sekuatnya
melepaskan semua beban di dada
Biar di dengar satu dunia
Tapi semua seolah sia-sia
bila jeritan saya tak dipedulikan sesiapa.
Kadang-kadang saya rasa mahu berlari
menggapai bintang di langit
mencuri sedikit sinarannya
untuk menampung semua kekurangan saya.
Kadang-kadang saya rasa
saya jauh tertinggal di belakang
berbanding mereka.
Sayakah yang yang tidak pandai menghargai kehidupan?
Atau apa sebenarnya?
Mengapa saya terbelenggu begini?
Saya...
Cuma mahu secepatnya kembali
dan menjadi penghuni di tanah air sendiri
berkhidmat sebagai daie
yang solehah akhlak dan peribadi.
Dan medan buat saya di sini
mengumpul, menampung dan mengamalkannya
sebelum saya berangkat kembali.
P/s :
Puisi ini saya tulis semasa saya sedang dalam fatrah final exam musim soifi. Sebelum muraja'ah terlintas untuk menulis sesuatu. Sewaktu semua kawan-kawan sedang sibuk mempersiap keperluan pulang untuk saudara-mara. Saya terbelenggu. Sewaktu kawan-kawan tangguhkan exam kerana tempahan tiket awal. Saya terkial-kial menyalin nota. Ah cemburu bukan kepalang!
Hari ini saya pindah ke rumah baru. Semua ahli bait rumah ini sedang berada di Malaysia. Saya adalah satu-satunya penghuni rumah ini sekarang. Tapi masih ada jiran sebelah rumah. Mereka akan kembali pada pertengahan bulan september ini. Masa kemas-kemas nota dan buku-buku tadi saya jumpa puisi ni.
Friday, 30 August 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment