Wednesday, 21 August 2013

Tolong la mengerti saya

Assalamualaikum people! 

Saya luahkan sedikit agar kau mengerti. Bukan senang untuk kita katakan perihal sebenar. Dan bukan senang juga untuk kita buat orang terima apa sebenar yang kita mahukan. Sungguh memang susah, malah saya sendiri pun kadangkala tidak mahu terima alasan-alasan manusia. Mungkin terima pada zahir, tapi dalam hati menolak keras setegarnya. 

Hidup di dunia ni terbentang luas dengan jalan yang baik dan jalan yang buruk untuk kita. Semuanya terletak pada naluri hati sendiri untuk memilih mana yang terbaik untuk diri. Allah bekalkan akal, biarpun terbatas fungsinya, tapi cukup untuk berfikir dan berfikir. Malah akal tak dibiarkan sendiri untuk bekerja, lalu Dia iringkan perasaan, emosi, atau lebih khusus lagi, HATI, untuk di gembleng bersama terhadnya fungsi akal. 

Bukan saya nak berceramah kat sini. Tapi ok juga sekali sekala. (Ngeee)

Mungkin kau katakan saya pentingkan diri dengan keputusan melulu ini. Ya, saya akui itu. Apa yang kita lalui, jalan yang kita tempuhi, takkan sama. Susahnya meneliti dalam perkara ini. Terlalu banyak yang kita perlu fikirkan. Bukan ceruk masalah belajar sahaja yang bermain di fikiran, malah semua tindakan perlu difikirkan. Bukan memberatkan fikiran tapi sememangnya itulah tujuan akal dicipta Tuhan. 

Saya yakin kau jua begitu, beban masalah pun kau tanggung jua, kau fikir jua. Tapi jangan sekali menafi, apa yang kita fikirkan adalah tidak serupa sama sekali. Mungkin. Hmm. Saya selit contoh untuk kita semua faham. Apakah di dalam minda kita sama? Apa peranan sebagai hamba? Masalah berkaitan keluarga? Masalah ramping badan? Masalah diet? Masalah final exam? Masalah pakwe? Masalah makwe? Masalah dengan mak mertua (kalau ada la)?  

Berat otak kan? Masalah kita tak sama kan? Jadi alasan kita juga takkan sama. 

Cukuplah. Saya sudah membuat keputusan. Dan saya yakin Dia bersama saya, kerana saya cuba, dengan hinanya saya cuba, selitkanNya dalam keputusan saya. Bukan saya mahu kau hormati keputusan saya. Cukup sekadar tahu, hidup ini bermain dengan pilihan. Dan pilihan adalah hak mutlak setiap manusia. Dengan hak itu, saya memilih mana yang terbaik, bukan sahaja untuk saya, malah agama saya. 

Jadi ada apa-apa lagi kemusykilan tentang kenapa saya menolak pelawaan itu?


No comments:

Post a Comment