Saturday, 10 August 2013

Saya sayang dia kerana Allah.

Assalamualaikum people! 

Every single time, apa saja yang jadi pada saya, apa saja yang saya buat, saya rasa nak cerita semua. Di sini. Tapi untuk apa? Bila di tahan tahan, saya rasa... semua macam hilang dan rasa untuk bercerita itu kian pudar. Ibarat angin yang menyapa pipi kemudian berlalu pergi. Meninggalkan bekas yang tak dapat di kesan lagi. 

Benarlah, tak semua cerita perlu di kongsi. Tak semua rahsia perlu di buka. Tak semua pengorbanan perlu di hebah. Dan tak semua ujian perlu di beritakan. Sekali pun kalau ada yang baca, apa mereka akan kata? Cukuplah sekadar tahu cerita saya, tapi yang biasa-biasa. 

Satu perkara yang saya jumpa di sini, 'Tak semua orang hebat itu famous. Dan tak semua orang yang famous itu hebat!' 

Kenapa saya berkata begitu?

Kerana di sini saya temui, ada orang hebat yang tidak pernah bercerita tentang kehebatannya. Kalau begitu, dari mana saya ketahui bahawa dia orang hebat? 

Sesungguhnya saya telah berkesempatan bergaul dengannya. Walaupun sekejap cuma, tapi benar-benar tinggalkan kesan untuk saya ikut jejak langkah dia. 

Bila dikenang-kenang apa yang saya cari di bumi bertuah ini? Dua perkara! Pertama Bahasa Arab. Kedua Dakwah dan Tarbiyyah.

Dia yang saya kagumi itu adalah seorang yang selalu merendah diri. Dia bersahabat kerana cintakan Allah. Dia sering melebihkan sahabatnya dalam segala hal. Hingga saya jadi cemburu melihat kemesraan persahabatan dia. Dan satu perkara yang saya bangga, saya akhirnya termasuk dalam salah satu daripada list 'saudara' dia. 

Katanya, dia tidak pernah menganggap saya sebagai kawan, tapi adik! Mahu gugur air mata saya baca mesej dari dia. 

Pesan dia pada saya sebelum berangkat kembali ke tanah air, "Jangan gaduh-gaduh. Saling menjaga persahabatan. Paling penting, buat baik sesama kita. Kalau kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita."

Dia yang saya kagumi, seorang yang cerdas dan pintar. Dia pelajar pandai dan dikagumi ramai dokter adab. Kebanyakan dokter adab mengenalinya. Dia sering mendapat pujian ramai dokter dan dikenali ramai pelajar adab berbangsa arab. 

Dia sering mendapat markah yang tinggi dalam ujian dan peperiksaan. Biasanya dia akan mendapat markah penuh dalam ujian satu dan dua. (Dulu saya juga sering mendapat markah penuh dalam ujian ujian kecil di unisza. Sekarang pelajaran makin susah, yuran makin mahal. Sedihnya mengenang potensi diri yang semakin malu-malu ini) 

Dia cergas ke sana ke mari. Dia bawa saya dan kawan-kawan ke Amman tanpa murakib. Dia biasa bawa teman-teman keluar mutah tanpa syabab. Dia bawa jalan-jalan ke Aqobah bermalam di sana atas urusan yang dia urus sendiri. Dia sudah masyi bermuamalah dengan orang arab. Saya benar-benar mahu jadi seperti dia! 

Dia pandai memasak. Dia akan masakkan apa saja yang kami minta. Tinggal cadangkan apa jenis masakan, dia akan masakkan. Dia bawa kami ke rumah orang arab berbuka puasa. Dia jadi anak kesayangan Abu Anas, mama dan baba. Semua orang sayang dia termasuk saya. 
Sebelum dia pulang ke Malaysia, dia menerima 6 buah mushaf al-quran dari orang arab sebagai saguhati. Bermakna ada enam orang arab yang sayangkan dia. Kenangkan dia. Kasihkan dia. Itu baru mushaf. Belum kira kain baju, nota dan buku. 

Ya bagi saya dia orang hebat!

Tapi semua perkara indah yang jadi pada dia, tak ada yang tahu melainkan kami yang sama-sama menghabiskan masa bersama-sama dia. 

Kerana apa? 

Kerana dia tak pernah update status ceritakan semua perkara gembira yang berlaku pada dia. Tak pernah dia karang insyak panjang-panjang untuk ceritakan kebahagian yang Allah jadikan milik dia pada umum untuk kagumi diri dia. Sesekali tidak! Dari situlah saya ketahui bahawa dia bukan orang biasa-biasa. Tapi hatinya tak pernah riak dan ujub menunjuk-nunjuk kelebihan yang dia miliki supaya jadi tatapan umum. 

Dia pelajar hebat. Tetapi tak di kenali ramai kerana rendah hati yang dia miliki. Itulah sifatnya yang mahu saya terap dalam diri ini. 

Ya Allah saya amat berterima kasih atas nikmat kasih-sayang seorang kakak seperti dia. Saya mahu bertemu lagi dengannya selepas pulang ke Malaysia nanti. Dengan izinMu ya Allah. 

Ini kisah kami. 


Berurusan dengan Baba rumah. Dia dah macam ayah buat kami.
Ini Abu Anas. Penjual rempah ratus arab. Baik sangat sangat.


Ini masa ziarah dan berbuka bersama mama. Pon baik sangat! 
Syukur sebab dapat kenal mereka-mereka ini. 

Sekian. 


No comments:

Post a Comment