Assalamualaikum people!
Salam aidil adha buat emak dan abah. Abang abang dan kakak-kakak. Tahun ini kita raya asing-asing sekali lagi. Dari jauh saya susun sepuluh jari-jemari mohon ampun dan maaf.
Sebelum keluar sembahyang raya pagi itu, saya kalut-kalut nak telefon emak dan abah di kampung. Tapi tak sempat.
Pukul 8.30 pagi gerak ke masjid Ibn Baz untuk takbir raya, solat raya dan khutbah sikit. Lepas bermaaf-maafan, ade jamuan ringan sikit kuih-muih.
Bergambar! (sesi paling tak pernah lepas)
Balik rumah, Siti atikah, Jiha, Umairah, Atin dan Nadzirah jadi tetamu pertama rumah saya pagi itu.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin kalian semua ;)
Tetamu selepas mereka berderet-deret. Yaks! Tak menang tangan gitu. Tapi semua okay, makanan banyak lagi.
Okay, juadah raya kali ni istimewa serupa raya di tanah air. Ada nasi impit, lemang, rendang, mee kari, agar-agar, cup cake and so. . . Sebab semua kawan-kawan serumah saya balik malaysia dan tapaw stock barangan malaysia macam tak balik dah lepas ni. Er...
Bila dah lapang sikit, saya call abah, tut.. tut.. tut...
No answer. Bizinya abah. :(
Call kakak. Slownya suara. Line tak clear. Tapi kami sembang juga.
Mak. I miss YOU.
Petang, gerak ke rumah rumah yang buat open house. Berbesar hati raya sebagai anak rantau.
Semoga raya korban ini mampu menguatkan hati hati kita semua.
Korban tanda cinta! (saya korban juga tak balik raya isk isk isk)
| gambar pagi raya. terima kasih camera man dslr. |
Sekian.
No comments:
Post a Comment