Assalamualaikum people!
Riadhah jom! Nak tak? Jom laaa...
![]() |
| Solah riadhi |
Kelmarin Biro Sukan Rekreasi dan Kebudayaan BSRK anjurkan beberapa permainan dolu-dolu. Ada baling selipar, lompat getah, bola kampung, galah panjang, musang dan anak ayam, rounders dan sukaneka! Permainan zaman anak-anak ni yang tersenarai, rindunya main macam ni kat rumah dengan kawan-kawan sekampung! Some of them got married, even ade yang dah timang cahaya mata sendiri!
See, betapa masa berlalu pergi. Zaman itu saya tinggalkan, dan hari ini kenangan ke arahnya menggamit kembali bila peristiwa-peristiwa lama disusun semula. Cantiknya setiap peristiwa.
Kuliah Ulum Riadhi, fakulti sukan dan permainan. Kalau nak datang saja-saja memang belum tentu. Jadi melibatkan diri dalam permainan sebegini sekali sekala bawa saya melihat sekitar kuliah ini. Besar juga tapi tak secantik kuliyyah tib (fakulti perubatan).
Pelajar Malizi yang belajar di universiti ini hanya terdiri daripada pelajar fakulti pengajian islam sahaja. Antaranya kuliyyah shari'ah dan usuluddin, dan kuliyyah adab (bahasa arab). Lain-lain kuliah seperti tamrid, tarbawi, tib, riyadhi, muhandis, hasub, iqtisod, injilizi dan entah ape lagi ye (belum buat kajian. ceh!). Semua kuliah ini tidak mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Universiti Mu'tah, Jordan untuk pelajar asia seperti kami kecuali pengajian Islam sahaja. Kalau universiti lain di Jordan, KPM iktiraf je. Almaklum la universiti kami di hujung benua, perkampungan gitu!
Saya main baling selipar. Setiap orang hanya boleh main saatu permainan je. Kedekut! Haha. Tapi bila main, serius penat gila. Saya baru main sekejap dah rasa lelah serta merta. Nampak tak berapa lama dah tak riadah?
![]() | |||
| main baling selipar. |
Tujuan saya ikut serta dalam permainan begini kerana ia bawa kepada 'Setapak ke arah kemanisan ukhuwah' ;).
Dan yang paling utama, melengkapkan mutaba'ah amal. Bukankah satu daripada mutaba'ah amal yang digariskan oleh asy syahid Imam Hassan al Banna itu, qawiy jisim (sihat tubuh badan? Iya kan.
Asy syahid Imam Hassan al Banna juga berpesan, tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya akan tertegak islam di sekelilingmu. InshaAllah.
Sekian.


salam...bestnye study luar negara....
ReplyDelete