Monday, 23 December 2013

purse kena cilok!

Assalamualaikum people! 

Lama weh tak sembang sini. Sebenaqnya esok exam athar urdun, kena baca dari pages 18-50. Sumpah banyak! Roomate dah tidoq. Lagilah tak semangat nak baca sensorang. Bukak blog sendiri baca entry lama. Last last teringat kes nih. 

Dua minggu lepaih sebelum salji turun, saya dengan Siti Atikah balik jamiah jalan kaki, saja buat rajin. Cuaca mendung macam syok ja jalan kaki. Sepanjang jalan tangkap gambaq tak henti henti. Singgah ma'rakah mu'tah sat, hujan renyai renyai. Jalan lelaju.

Sambil-sambil jalan, singgah merata kedai. Tengok barang cantik, beli. Keluarkan purse, bayar. Then simpan balik purse.

Keluar. Masuk kedai baju pulak. Dalam kedai ni serius boloq gila. (sesak sebab kedai kecik tapi ramai orang)

Belek-belek dua tiga lai baju tapi tak beli pon. Hehhee. Dalam kedai ni ada dua orang arab perempuan yang asek tanya saya soalan ja. 

"Baju ni berapa harganya?"

"Tak tau, saya bukan tuan kedai." saya jawab. Tapi dia tanya lagi. Tanya lagi.

Bila saya masuk dalam lorong baju yang sempit, dia nak masuk jugak. Kalut dia nih. Hingga saya berada di tengah tengah antara dia dan seorang lagi kawannya. 

Tak henti-henti lagi dia tanya saya soalan. 

"Antara dua baju ni mana lagi cantik?"

Saya pun jawab la soalan-soalan dia tanpa sedar bahawa itu taktik melalaikan saya, sedangkan kawannya yang dibelakang saya berprojek menbuka zip beg sekolah saya dan menceluk untuk mencuri purse saya. 

Sebab terlalu sesak, saya dan Siti Atikah keluar dari kedai itu. 

"Awat beg hampa terbukak luas sgt nim?" Kawan saya tanya. 

Saya terus pandang dia dan kata, "purse kami ada dak?"

"Takdak..."

Saya dah agak. Hilang. Puas juga kami berdua patah balik ke kedai pertama sebab seingat saya lepas bayar duit di kedai pertama tu, saya dah simpan purse saya dalam beg dan zip dengan baik. Itulah sekali sahaja saya keluarkan purse.

Tapi masa tu saya tak terfikir pun tentang kesesakan di kedai baju tu. Kalau terfikir pon rasa macam janggal gila bila tiba-tiba buat tanya, "kau curi purse aku ya?"

Bila cari tapi tak jumpa, kami balik. Kecewa la juga walaupun duit dalam tu tak banyak mana, cuma lebih kurang 15 dinaq, tapi kad pelajar dan visa turut hilang. 15 dinaq pon boleh buat makan dua minggu baq hang! haih.

Bila dah sampai rumah, baru terkenangkan soalan-soalan yang tak relevan oleh orang arab masa dalam kedai tu. Saya ni pelajar malizi sah-sahlah bukan tuan kedai, kenapa beria-ria tanya harga baju pada saya. 

Tak sampai 5 minit dia buat kerja. Okay benda memang nak jadi, jadilah. Innalillah.

Saya bersyukur sebab letak henpon dalam poket blazer sebab sepanjang jalan duk tangkap gambaq pemandangan mu'tah. Biasanya saya letak dalam beg jugak. Saya bersyukur juga duit blazer yang saya kutip tak hilang walaupun duduk dalam poket beg yang sama. 

Terima kasih Tuhan sebab masih menjaga sebahagian harta orang yang saya patut jaga. Kalau tidak 50 dinar saya kena ganti. Kaya! 

Hari keempat selepas kejadian, ada seorang kawan wassup saya bagitahu ada pakcik arab serahkan dompet saya pada dia. Okay, semua ada kecuali duit. Perkara biasa. Kalau duit tak hilang, itu luar biasa!

Syukurlah dia pulangkan awal sebelum saya buat kad pelajar dan visa baru. Duit juga tuh kalau nak buat baru!

Syukur jumpa semula
Peringatan bersama, silalah berhati-hati kerana saya bukanlah orang pertama mengalami kes ini, dan pasti juga bukan yang terakhir. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment