Thursday, 23 January 2014

arah mana kita...

Assamualaikum people! 

Baru hari ni saya type untuk blog kesayangan saya ni. Sumpah rindu amat! 5 hari lepas berhempas pulas dengan kertas peperiksaan. Cuti punya la banyak. Tapi saya main-main saja, berfoya-foya dengan fb, twitt, wechat, insta, popular blogger dan segala bagai media yang tersedia, hingga semua benda saya stalk. Tanyalah apa yang saya tak tahu, semua benda saya tahu!! Wakakaka! In the end bila saya betul-betul sedar, "esok pereksa woi!!!!!" baru saya serius serius baca buku je tanpa rehat kecuali untuk makan dan solat.

Semalam last paper, dan paper killer bagi saya, juga kawan kawan saya. Ya Rabbi kami letakkan sepenuh pergantungan padaMU semata atas usaha-usaha kecil kami. Manfaatkanlah ilmu itu buat kami, jadikanlah kami golongan yang sedar akan tanggungjawab kami memikul ilmu untuk ummat dan bangsa kami agar agama kami selamat. Ameenkan doa saya kawan-kawan.  

pemandangan universiti mutah, dari tingkat tiga mujamma' jadid
Lepas balik dari exam, saya keluar beli barang sedikit, lepas maghrib kami akan berbulatan gembira, bulatan cinta, bulatan kasih sayang dan segala bentuk kebahagian yang ada kami cuba bina semata mata kerana inginkan islam benar-benar terlekat kukuh dalam sanubari, hingga jika diri-diri kami ini dicampakkan ke lembah mana sekalipun, kami masih sedar akan tanggungjawab sebagai musleem sebenar itu, musleem sejati. Agar tertegak islam dalam diri, itulah yang sering diingatkan oleh naqibah kami. Biar tidak terikat dengan adat tapi syariat! 


'Demam peperiksaan' itu banyak juga buat kerja kerja amal kami tertangguh. Antaranya aktiviti persatuan biro ekonomi. Saya pun tak 'berhati' untuk masak-masak dengan madah madah peperiksaan yang kebanyakan masuk dari awal hingga akhir muka surat. (padahal bila baca, saya skip juga topic topic tertentu. bhahaha!)

Tak cukup dengan itu, liqa' mingguan kami juga banyak kali tergendala dan seringkali tertangguh kerana komitmen setiap ahli kami yang tidak sama. Juga kelas tahsin al-quran untuk setiap hari rabu pon turut terbatal kerana sebahagian besar menduduki exam pada hari tersebut. See! Betapa exam benar-benar mempengaruhi rutin harian kita. 

Dan hari ini adalah hari terakhir peperiksaan bagi universiti Mu'tah, Jordan. Mulai hari esok, malah malam ini akan berkurang warga wafidin yang tinggal di Mu'tah ini kerana masing-masing punya perancangan tersendiri bagaimana menghabiskan cuti semester. Ada yang menunaikan umrah, ada yang ke Turkey menjelajah tempat pemerintahan zaman Uthmaniyyah, ada yang akan ke UK, Ireland, Italy, Amsterdam, mesir dan ada juga yang mengikuti jaulah dalam kawasan Jordan. Meriahnya! Tak lupa ada juga yang pulang ke pangkuan keluarga, menjejak tanah air. Beruntungnya!

Selamat menghargai cuti dan menikmati keindahan apa pun yang akan kalian lihat dan dapat. Apa pun yang akan kalian ikuti dan lalui, percayalah bahawa Allah tidak pernah salah dalam mengatur pembahagian rezeki untuk setiap hamba. Dan ingatlah, rezeki bukan berupa harta semata. 


Kalau boleh saya akan jadikan ini cuti paling bermanfaat bagi saya! 

Berakhir semester satu saya di tahun dua. Saya pun tidaklah meletakkan harapan yang tinggi untuk keputusan peperiksaan saya itu berterbangan warna warnanya (flying colours orang putih kata). Memadailah saya lulus semuanya. Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. 

Bulan depan berakhirlah taklifat saya sebagai timbalan unit masakan untuk persatuaan biro ekonomi. Alhamdulillah. Jadi, saya ingin benar benar fokus pada maslahah yang seterusnya. Buku pelajaran, kelas tahsin al quran dan berbulatan. Didiklah hati saya dengan tarbiyyah supaya saya biasa berteguh dengan keyakian dan pendirian saya apabila di campak ke arah mana sekalipun selepas ini.

Terima kasih TUHAN.

Sekian. 


No comments:

Post a Comment