Assalamualaikum people!
Today i'll share you something related to girls and boys nowadays. Dunia kita.
"Ustaz Y, ana dah berubah untuk ustaz ni, ustaz tak suka ke?"
"Ustazah Z, ana dah ikut nasihat ustazah solat jemaah dekat masjid ni, kenapa ustazah tak layan ana pun?"
"Ustaz Y, ana dah bakar semua tudung singkat ana, beli tudung akel pakai labuh-labuh, ustaz tak nak terima ana lagi ke?"
"Ustazah Z, ana ajak ustazah pergi McDonald bukan nak buat apa pun, jum la kita pergi tadabbur Quran sama-sama."
"Ustaz Y, ana ajak ustaz pergi riadah sama-sama, jadi Individu Muslim yang sihat tubuh badan, tuntutan tarbiyyah tu, kenapa ustaz enggan je?"
Ustaz Y . . .
Ustazah Z . . .
Seiring dan sejalan.
"Ustaz Y, bukankah Allah jadikan kita laki laki dan perempuan untuk berkenal-kenal, berta'aruf, kenapa ustaz tak nak kenal-kenal dengan ana? Kenapa? Kenapa?"
"Ustazah Z, kenapa ustazah tak suka ana? Boleh jadi apa yang ustazah suka tu tidak baik untuk ustazah dan apa yang ustazah tak suka tu baik pula bagi ustazah, bukankah Allah berfirman begitu? Kenapa? Kenapa?"
Muntah.
Muntah lagi.
Ustazah,
Benar, dalam firman tadi Allah bagitahu ;
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal..."
Tapi ustazah baca tak habis, sering baca tak habis. Sebab tu la ana nak nasihatkan ustazah, jangan wakaf baca Quran ikut suka hati je. Ni la akibatnya. Allah sambung selepas itu...
...Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.
Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
(Al-Hujurat :13)
Untuk apa Allah seru kita berkenal kenalan? Untuk bertakwa ustazah. Tapi benarkah kita benar-benar mengejar ketakwaan? Atau kita berlari-lari di atas padang nafsu berumputkan jahiliyyah? Seiring dan sejalan? Kita riadah ke, lompat bintang ke, lompat gitar ke, lompat belimbing bersama-sama ke, betulkah niat kita untuk membentuk Qawiul jisim (Sihat tubuh badan) atau kita mencari peluang dan 'rezeki' mencuci mata?
Kita keluar bersama-sama, belajar bersama-sama, tadabbur sama-sama, wah, indah. Tapi ustazah, Islam tidak akan berdiri atas asas jahiliyyah. Cara kita tu, tak kena.
Berkenalan, bertakwa, macam mana tu?
Bila kita berkenal-kenal dengan orang yang berilmu, kita sedikit sebanyak dapat cedok ilmu mereka. Di situ, lahir iman kemudian takwa.
Bila kita kenal-kenal dengan orang yang jahil, tidak berlimu, kita belajar sesuatu daripada mereka, yakni jangan jadi jahil. Kemudian kita termotivasi untuk perbaiki diri, tuntut ilmu dan beramal dengan ilmu kita, di situ akan lahir takwa.
Bila kita jumpa pelbagai jenis orang, semua tak sama. Warna kulit lain, bahasa percakapan lain, rambut kaler lain lain, susunan gigi tak sama, lokasi tahi lalat lain, saiz ibu jari lain lain, ketebalan bulu kening lain, kita akan sedar kekuasaan Allah, kehebatan Allah mencipta sebagai Khalik. Di situ, iman kita meningkat, kemudian lahir takwa.
Macam tu.
Ustaz.
Betul, Allah ada berfirman ;
Diwajibkan ke atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagi kamu
boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mngetahui.
(Al-Baqarah)
Tapi ustaz, ustaz pon tak tahu apakah keinginan ustaz tu baik. Apakah perhubungan kita ini baik. Kerana Allah sahaja tahu. Boleh jadi keinginan itu keinginan syahwat semata. Sebab tu ustaz, Allah suruh kita berperang, perang nafsu kita.
Cukup cukup la ikhwah akhawat.
Kata da'ie ?
ilaLlah ke ila apa?
![]() |
| Add caption |
Aku tidak tahu engkau siapa
Tapi aku tahu engkau ada
Di dunia atau di syurga
Akan kuluahkan kata cinta
Setelah akad menghalalkan kita.
Sekian.


No comments:
Post a Comment