Sunday, 18 May 2014

Hatiku menderita kerana rindu

Assalamualaikum people! 

Kadang kadang aku jengah ke fb, membaca dan melihat status berulang kali tanpa jemu.
Kadang kadang aku menatap gambar, hampir tidak sedar menitik air mata.
Kadang kadang aku melilau melihat skrin handset, bilakah mesej akan berkunjung?
Kadang kadang aku memicit micit punat handset, mencari nombor yanga ghaib secara tiba tiba. 

Aku sangat rindukan dia. Rindu sangat sangat.
Tapi rinduku tidak terucap. Rinduku hanya mampu berteriak di ruang atmosfera sekeping hati. 
Rindu yang telah terhijab meskipun dengan kecanggihan teknologi luar biasa. 

Aku bukan orang yang kuat !!!

Apatah lagi mempunyai hati sekuat itu. Aku juga insan lemah. Punya jiwa dan naluri keperempuanan. Rasa itu adalah yang amat mendalam. Rindu buat fizikalku derita. Rindu buat aku seakan 'angau'.

Bisakah aku khabarkan kepadanya?

Wahai angin lalu, sedikah kau menolongku? Khabarkan rinduku kepadanya. Bisikkanlah rasa rindu yang teramat kasih hingga bergetar seluruh atmanya.

Tahukah? 

Hati ini telah menyimpan perasaan rindu yang sarat. Ya, mungkin bumi beredar mengelilingi matahari dan bulan bertawaf di sekeliling bumi. Beredarnya siang di ganti malam. Perubahan itu sama sekali tidak merubah rasa rinduku. 

Oh.

Mengapakah mereka kata rindu adalah perkataan jiwang semata?
Mengapakah skeptikalnya rindu untuk bercanda?
Mengapakah rindu itu satu seksaan batin?
Mengapakah ke'innocent'an aku dicabar digoncang dengan ribut taufan rindu?

Tahukah?

Ku pendam pendam perasaan ini. Ku simpan sedalamnya perasaan ini. Ku tutup rapat lagi kemas agar hati tidak terbuka untuk menerima kehadiran mana mana rasa asing yang datang.

Saban detik, peredaran darahku meracau dan berderau. Si jantung pula berdentum mengepam darah oksigen ke otak. Signal yang diterima ditafsir sebagai keracunan. Badan tidak mampu bertindakbalas maka diserahkan kepada hati untuk proses dinyahtoksin. 

Tapi hati tidak mampu menolak. Racun itu sudah merebak sehingga membisa ke tulang sumsum. Racun apakah ini? Asing sungguh perasaan rindu bagai racun yang disengat oleh sekeping hati. 

Maniskah menanggung beban rindu?
atau terseksakah? 
Untuk apakah? 

Aku tidak bersedia. Kenapa aku yang harus bertarung? 
Aku ada komitmen. Kenapa aku perlu tanggung semua ini?
Aku bukan orangnya. Kenapa seperti aku sahaja yang 'syok' sendiri?

Mungkin sedikit kufahami bahasa sarat yang kelmarin belum sempat terungkap. Kenangan terindah, mana mungkin tidak membuahkan getaran rindu. 

Semua ada saatnya kita bersama. Baik dan buruk penyempurna warna kehidupan fana'. Kau ajar aku mengeja dan menikmati betapa indahnya musim semi di luar sana. kau ajar aku ber'tasbih' bersama denyut nadi beriramakan kasih sayang. 

Walau aku jauh.
Walau aku seorang.
Walau aku sepi. 
Walau aku menangis.
Walau aku sayu.

Hati ini tetap remuk diamuk rindu kenangan lalu. Hakikatnya bahawa aku kalah, Aku keraskan hati ingin lupakan semua itu tapi nilai kesabarn tidak seutuh yang disangkakan. Krisis identiti bertambah kronik tatkala memikirkan betapa hinanya aku. Jijiknya aku yang berdosa. Keegoaan aku tidak kenal rasa rendah diri. 

Layakkah aku punya rasa rindu?
Layakkah aku khabarkan rindu pada kisah lalu?
Layakkah aku mengulang skrip sama dengan citarasa bahagia?

Atau perlukah aku buang kisah kita dan mencipta hati plastik?

Semua itu dilema yang tidak boleh disebut dengan sewenangnya dari hati yang punya pemikiran kompleks, si empunya bernama

P.E.R.E.M.P.U.A.N

Akukah?


No comments:

Post a Comment