Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum people!
Saya tak pernah bersendirian, Allah sentiasa bersama saya.
Saat saya menulis ini, saya sedang mencari kekuatan untuk menerima ketentuan Ilahi bahawa di mana pun saya sedang berada adalah kerana ketentuan Tuhan yang paling tepat untuk mentarbiyyah saya.
Semalam saya habiskan paper terakhir untuk semester yang lepas. Bermakna, bermula hari ini saya sudah start cuti sem. Yehaaa!
Semalam adalah sejarah yang tak ingin saya kenang. Titik. Saya terlewat masuk exam. Serius penat menggila. Tersalah tengok jadual yang lama. Ampunkanlah dosa-dosa saya Tuhan.
Petang itu jam empat saya pulang, semua ahli bait shopping di Karak untuk beli barang di bawa safar ke tanah air, dan sebahagian yang lain untuk persiapan menunaikan umrah.
Sampai saja depan pintu, "Oh my Godness! Kunci pintu rumah tiada!"
Hai makin nak menangis jadinya kerana kecuaianku hari ini. Tadi waktu kalut-kalut nak pergi exam, minta kunci kawan rumah sebelah je sebab tak dan nak geledah kunci rumah sendiri untuk buka kunci pintu bangunan kat bawah ni. Dah tak kisah pasal kunci rumah, yang penting dapat kunci pintu bangunan bawah je sebab dah kalut. Akhirnya betul-betul kekalutan itu mengganggu emosiku kini.
Akhirnya, saya ke rumah Atikah sajalah, berehat, solat dan makan. Alhamdulillah.
Sebelum maghrib saya kena balik sebab malamnya saya ada usrah, dan lepas usrah kami satu bangunan dari tiga buah rumah pelajar malaysia nak buat jamuan akhir sem. Jamuan meraikan yang khirij (grad) dan bakal khirij serta yang balik kampung dan yang akan berumrah.
Dan tak lupa kawan-kawan saya yang belajar di university Yarmouk dari unisza turut bermalam di mutah untuk bergerak menunaikan umrah esok hari.
Entah kenapa, walaupun dah habis exam, saya tetap rasa tak senang duduk dan tak selesa ya amat. Malam tu, saya tak join pun jamuan alumni unisza sebab ada usrah dan ade makan makan sesama kami. Minta maaf ya :(
Pagi tadi wida' (lambaian selamat tinggal) untuk roomate dan housemate yang balik malaysia selama tiga bulan. Bhai kekawan. Sadis la juge sebab nanti short sem tinggal berdua je di rumah ni. Sunyi sebab tak dengar suara jerit-jerit korang.
Dan petang ni, wida' housemate pergi umrah. Akhirnya, saya duduk di rumah sensorang. Serius sunyi. Nak masak, nak makan, nak kemas-kemas semua takde semangat langsung. Sebab takde orang lain yang akan makan, yang akan jenguk-jenguk dan yang akan kacau kerja-kerja saya.
"Mama, nak balikkkkkkkkkkkkkk juge !"
"Rindu le...."
Allah, make me strong please. I need You in every single time.
Sekian.
balik la ke rumah. a place where u belong. hehehehehehe
ReplyDelete