Assalamualaikum people!
TARBIAH, APA HASILNYA?
TARBIAH, APA HASILNYA?
Bab ni
ana rasa paling penting. Kerana dengan tahu hasil, baru boleh kita nilai diri
kita. Kerana tarbiah menghasilkan seseorang yang sangat special dan lain dari
yang lain. Sebelum ana cerita dan terangkan tentang hasil orang yang ditarbiah, ana nak kita nampak apakah TASAWUR (gambaran) tarbiah.
Pernah
ditanya beberapa orang tentang apakah yang dia dapat sepanjang ikut
tarbiah. Lebih kurang begini perbualan yang terhasil.
Akhi : "Sejak kau ikut usrah, apa kau dapat?"
Syabab : "Serius doh, aku syukur gila dapat
ikut usrah. Kalau tak, aku tak tahulah jadi apa sekarang.."
Akhi : "Apa gambaran kau tentang tarbiah
ni, best tak?"
Syabab : "Best
gila kot. Dapat feel
ukhwah, dapat bincang buku-buku fikrah, program macam-macam dan lain-lain. serius
best."
Akhi : "Tak rasa tension ke ikut tarbiah
ni? stress ke, something like that…"
Syabab : "Takla. rilek je. best kot. Aku
syukurla dapat rasa nikmat tarbiah ni…"
Akhi : "Lagi, apalagi pandangan kau tentang
tarbiah?"
Syabab : "Tu jela. Dapat ubah hidup kita dari
jahat ke baik, best, banyak program dan lain-lain…"
Akhi : "Hmmm…."
Rasa ada
apa-apa silap tak? Rasa-rasanya, begitukah TASAWUR tarbiah? Hanya dapat ubah
diri kita? Yes, BERUBAH adalah kayu ukur. Tapi, tarbiah tak melahirkan orang yang “Hanya
baik”. Tarbiah menghasilkan orang yang FAHAM ISLAM secara menyeluruh dan
berusaha menyampaikannya pada orang lain.
"Kalau
kita rasa tarbiah yang kita ikut adalah "seronok", "Osem", "Best" dan tak
tertekan, maka tasawur kita tentang tarbiah adalah salah. Ya, tarbiah memang best
dan seronok. Tapi, "Keseronokan tarbiah adalah pada tekanan yang kita hadapi
ketika melalui tarbiah". Percayalah."
Ibarat
orang yang makan sambal belacan, sampai nangis, nampak macam terseksa, tetapi
hakikatnya nikmat! Sambal belacan yang tak berjaya mengeluarkan air mata kita
adalah sambal yang tak jadi dan kurang. Begitu juga TARBIAH. Selagi kita tak
pernah menangis tertekan, selagi otak kita tak stress dan risau kerana memikirkan
dakwah, selagi kita tak pernah balik rumah dalam keadaan “lunyai”, hakikatnya, kita
masih belum merasakan NIKMATNYA TARBIAH.
Tarbiah
menghasilkan seorang DAIE. Tarbiyah melahirkan seorang yang rabbani. Apa itu
rabbani? Rabbani ialah daie, pemimpin dan fuqoha’. Terhimpun padanya ketiga-tiga
sifat ini. Andai kita tak pernah memikirkan dakwah, bagaimana nak ubah
orang, macamana nak selamatkan kawan kita, risau akan umat, menangis dengan beban
dakwah, sedih kerana dikutuk dan dipandang "sombong", "poyo" oleh orang lain, maka
muahasabah semula, adakah kita dah ikut tarbiah.
Soalan
simple:
"Sekarang, siapakah
orang yang aku sedang dakwah?"
"Buku
fikrah apa yang aku kena hadamkan bulan ini?"
"Qiamullail
aku istiqomah atau tidak?"
"Pernahkah aku menangis memikirkan mad’u (orang yang didakwah) aku?"
"Pernahkah aku menangis memikirkan mad’u (orang yang didakwah) aku?"
Teruskan
menyalahkan diri sendiri. Itulah sifat muhasabah. Sentiasa menempelak, merasakan
diri salah, lemah, longlai, tak lengkap, cacat cela, lantas taubat pada Allah.
Wallahua’lam. Moga
penyampaian ana kali ni serba sedikit menjelaskan kita tentang tasawur tarbiah. Bukanlah
bermakna ana sudah beramal, tetapi doakanlah ana dapat beramal. Moga dapat
beramal bersama, fahami dan sebarkan.
Ana akhiri dengan kata-kata ini:
"Kalau kita rasa tarbiah yang kita ikut
adalah "seronok", "Osem", "Best" dan tak tertekan, maka tasawur kita
tentang tarbiah adalah salah. Ya, tarbiah memang best dan
seronok. Tapi," Keseronokan tarbiah adalah pada tekanan yang kita hadapi
ketika melalui tarbiah”.
Wallahua'lam.
Sekian.

No comments:
Post a Comment