Saturday, 21 June 2014

Betul ke kau dah ikot tarbiah???? part 1

Assalamualaikum people! 
 
Kita sembang secara santai. Boleh? Rilek-rilek. Tenang dan sama-sama berkongsi pandangan. Walaupun ini hanyalah sekadar tulisan, bayangkan seolah-olah ana sedang bercakap depan korang. Baru rasa feel.

Ana tak mahu sembang berat-berat. Just apa yang ana sampaikan apa yang ana rasa ana perlu sampaikan. Insyallah, berdasarkan tajuk, untuk memastikan penulisan kali ni tersusun dan korang pun mudah faham, ana akan bahagikan kepada beberapa topic:

1)Tarbiah, apakah itu?
2)Tarbiah, bagaimana caranya?
3)Tarbiah, apa hasilnya?

Ok, ana terang satu-satu, agar tak nampak complicated.

TARBIAH, APAKAH ITU?

Bila sebut pasal tarbiah, ramai je yang mengaku:
”Aku ikut tarbiah!”

Tapi, betul ke kita ikut tarbiah? Tarbiah ni adalah satu proses, satu system, satu suasana yang mana hasilnya ialah, kita akan BERUBAH. Tarbiah=Berubah. Maknanya, kalau kita kata kita ikut tarbiah, tapi kita still tak tinggalkan jahiliah dalam diri kita, bermakna kita masih belum ikut tarbiah.

Tarbiah ni adalah tunjang segala benda. Kalau dalam satu Jemaah misalnya, kalau tak tekankan tarbiah, pergh. Hancur, akan berlaku kelam-kelibut, kucar-kacir dan yang sama waktu dengannya. Sebab orang yang tak ikut tarbiah ni, hatinya akan kosong, hidup tak ada matlamat yang jelas, kalau ada matlamat pun, matlamat itu tak tinggi. Tanpa memandang rendah orang yang tak ikut tarbiah, tapi itulah hakikat yang memaksa kita untuk ikut tarbiah walau apa keadaan kita pun.
 
Remember! 
 
Wallahua'lam. 

Sekian.


No comments:

Post a Comment