Wednesday, 18 June 2014

Tawaran itu...

Assalamualaikum people! 

Tidak ada kejayaan untuk mereka 
yang tidak bermula hari ini.

Semalam berakhir pada malam semalam.

Orang yang sering diganggu masa silam
tidak akan mampu melangkah
ke hadapan.

Apabila ditanya, 
"Bilakah kita akan bahagia?"

Jawablah, "Hari ini!"

Masih dalam cuti semester. Apa berlaku cuti ni? Did you spend your time wisely?

"Not really... Tapi ok la i guess lepas my friends da balik daripada umrah beberapa hari yang lalu, i fell happy sebab there are people to talk to, to laugh at, to angry with dan sebagainya..."

Yang paling penting kawan kawan yang akan sit beside me during breakfast, lunch and of couse dinner dan supper. I really have no appetite bila terpaksa makan sorang-sorang. Perut yang lapar akan rasa taknak makan.Huh ayat!

Untuk sekian kalinya dalam cuti yang tak berapa lama ni saya sempat join program akhawat yang i thought the awesome one la. Mabit (malam bina iman dan taqwa) dan rehlah (berkelah mentadabbur alam ciptaan Allah) di sebuah wadi (lembah) yang mempunyai nama yang sangat cantik iaitu Wadi Numeira. Comel kan?! Boleh letak nama anak perempuan, noted! Ngeh ngeh... 




Dan program tu banyak jugala buka hati dan pemikiran saya untuk lebih mencantikkan mutabaah amal serta menyusun sebaik mungkin muwasafat tarbiyyah bila tahu ada seorang ukhty yang memang osem gila dalam mempraktikkan muwasafat tarbiyyah dia. Huahh malu ya amattt wih. Kite nak bangun tahajud pun liat kemain! 

Peringatan buat saudari yang bernama ZULAIHA!!!!! Musim sejuk dah lama habis! Sila berdisiplin dengan mutabaah amal anda!!! (Jerit kuat kuat di telinga sendiri)

Dan tawaran itu masih buat saya terfikir-fikir.

" Tawaran yang baik jarang datang banyak kali."

"Bila kamu dihadapkan dengan banyak pilihan, pilihlah yang mendekatkan kamu dengan Tuhan."

Tapi saya masih meragui kemampuan sendiri serta semua kekurangan diri. Tak lupa karat jahiliyah yang masih berbaki. Bimbang dan ragu ragu nasihat lebih kencang berbanding amal perbuatan itu sendiri. Menangiss... 

Tuhan, jika sekiranya ini akan menjadi salah satu wasilah yang akan mencantikkan akhlakku, memenuhi tanggungjawabku sebagai khalifah itu sendiri, bawalah aku kepadanya. Tenangkan dan lapangkanlah hatiku menerimanya. Serta bantulah aku mengelolanya. Janganlah biarkan aku sendirian mengemudi jalan ini kerana bisa jadi aku hanya menuruti nafsu semata tanpa memenuhi syariat islami. 

Dan aku mohon dipermudahkan satu per satu jalan melaluinya. Ameen Ya Rabb.

Sehabis habisnya saya cuba menjadikan masa yang berbaki ini sebagai cuti terbaik. 

Psst, adaa kawan saya ajak join lagi satu program organized by HALUAN JORDAN, errr.. ada pengisian katanya. Di wadi Hamad kalau tak salah. I hope this is one of my way to find Islam dalam hati. Allah pandu langkah kami agar tidak tersasar dari tujuan sebenar, abid dan khalifah. Saya tambah satu lagi, 'daie', equal to 'abiddaiekhalifah'! 

Moga moga Tuhan kuatkan saya untuk mengendong amanah ini. Dah lama hidup tapi sekarang baru sedar akan hal dan tanggungjawab itu. Benarlah hanya insan yang cintakan Tuhan akan beramal dengan ilmu penuh kesungguhan. Lirik lagu nasyid sekolah taayah bhai. 

wallahu a'lam.


Sekian. 

No comments:

Post a Comment