TARBIAH, BAGAIMANA
CARANYA?
Bagaimana cara nak ikut tarbiah, atau bahasa gempak sikit, "Apa KAYU UKUR" kita dah ikut tarbiah. Serius ana cakap, ramai yang salah faham dengan tarbiah. Mereka ingat tarbiah ni adalah usrah semata-mata. Lantas ramailah persatuan atau organisasi buat usrah untuk ahlinya, lantas merasa puas dengan merasakan itulah tarbiah.
Bagaimana cara nak ikut tarbiah, atau bahasa gempak sikit, "Apa KAYU UKUR" kita dah ikut tarbiah. Serius ana cakap, ramai yang salah faham dengan tarbiah. Mereka ingat tarbiah ni adalah usrah semata-mata. Lantas ramailah persatuan atau organisasi buat usrah untuk ahlinya, lantas merasa puas dengan merasakan itulah tarbiah.
Sebenarnya, kalau
betullah kita ni kata kita ikut tarbiah, kita bukanlah ikut usrah
sahaja. Bukan! Tetapi, sejauh mana kita bersungguh ikut segala program tarbiah
yang telah diaturkan, hadam segala buku-buku ketika usrah, fahami tasawur tarbiah
dengan mendalam, cinta tarbiah, rindu tarbiah, amalkan segala input yang kita
dapat sepanjang ikut tarbiah, BERUBAH dan tinggalkan jahiliah, dan lain-lain.
Ada
orang ikut tarbiah, tapi still main game. Dah bertahun-tahun ikut usrah, game
still tak boleh tinggal. Ikut tarbiah, tapi layan movie-movie
inggeris, jepun, korea, anime, dan sebagainya. Ikut tarbiah, tapi lagu lagho menjadi
hiburan harian. Ikut tarbiah tapi pergaulan laki perempuan tak jaga. TIDAK, itu
bukan hasil orang yang ditarbiah. Jujur.
Kalau
betul kita relakan diri untuk ikut tarbiah, kita nak tak nak kena TEKAD untuk
tinggalkan jahiliah. Kita tak boleh biarkan hidup kita statik. Kita kena
tunjukkan perbezaan antara ORANG YANG IKUT TARBIAH dengan ORANG YANG TAK IKUT
TARBIAH, terutama dari sudut akhlak, cara fikir, hidup seharian dan
lain-lain. Kalau kita pun sama macam orang lain, so, apa specialnya kita yang “mengaku
ikut tarbiah” dengan yang lain? Sekadar pakai kopiah, pakai tudung labuh?
Tolong, kalau
betul kita nak ikut tarbiah, berubah. Sikit-sikit. Kalau kita tak berubah dan tak “tamayyuz”
dari orang lain, maka muhasabahlah. Sebab tarbiah sifatnya BERUBAH. Dan, kuasailah
segala bahan usrah, bacalah buku-buku fikrah dan dakwah, bacalah sirah
arrasul, bacalah tulisan-tulisan yang menghidupkan jiwa. Baca, bincangkan, bertanya, amalkan. Baru
feel.
Kalau kita
just datang usrah, balik. Datang usrah, dengar tazkirah sikit, makan, lepas tu balik, sekejap
datang, sekejap tak datang… Pergh, rugi syeikh. Rugi, sangat rugi. Isk isk isk.
Sama-sama
try ubah. Tetapkan matlamat, apa yang kita nak sepanjang ikut tarbiah. Jangan
sekadar menadah, ikut membabi-buta, tak proaktif, pasif dan tak semangat.
Wallahua'lam.
Sekian.
Wallahua'lam.
Sekian.

No comments:
Post a Comment