Assalamualaikum people !
Salam Ramadhan semua. Hari
ni saya nak share satu lagi tajuk menarik yang saya baca dari blog
santai tarbawi. Sincerely saya memang suka sangat dengan isi isi dari
blog tersebut. Sebabnya penulis bercerita sesuatu yang realiti, really
happen terutama sekali dalam biah yang sedang saya berada.
Bismillah. Saya rasa, saya perlu kongsi
perkara ini. Tentang, bagaimana syaitan perangkap “golongan-golongan agamawan”,
ataupun senang cakap, orang-orang yang berlatar-belakangkan pelajar agama,
dengan perangkap legend mereka iaitu:
“IKHTILAT…”
Saya akan kongsi, step by step, macamana
seseorang tu boleh hancur dengan isu ikhtilat ni. Bukan apa, saya jumpa, sangat
ramai pelajar agama, tak kisah samada budak sekolah agama, atau pelajar university
jurusan agama, yang hancur lebur di sebabkan ikhtilat ini.
Orang ikhtilat ni, dakwah dia akan
terbantut, potensi diri dia akan jatuh menjunam, self estim dia akan hilang,
dan yang sama waktu dengannya. Tetapi, ada juga yang tak jatuh. Dia still
steady, namun, DAKWAH TERBANTUT tu, komfem. Mungkin dia rasa, dakwah dia mekar
subur. Tapi, ukuran “mekar subur” yang dia rasa, sebenarnya amat bertentangan
dengan ukuran yang telah di gariskan oleh para-para ulama FIQH DAKWAH. Mereka
ingat, dakwah mereka berjaya. Namun rupa-rupanya, menjadi fitnah untuk agama.
Tanpa, membuang masa, jom baca step-step
ini. Saya kongsi berdasarkan pengalaman penulis blog santai tarbawi menghandle isu ini di peringkat
sekolah dan kawan-kawan university. Baca, check diri, dan, akurlah!
1) Kau konon-kononnya mulakan
persembangan atas urusan penting di ruangan chat samada dia twitter, FB, whats
app, we chat dan yang sama waktu dengannya. Tanya kerja rumah la (Bajet. Sesama
jantina kau tak nak tanya), urusan dakwah kononnya, dan lain-lain.
2) Kemudian, kau mula start memutar
belitkan urusan yang konon-kononnya penting tu dengan smiley, dan saling
mendoakan.
3) Mulalah kononnya saling nasihat
menasihati, dan saling berbalas terima kasih dan doa yang di akhiri dengan
smiley.
4) Jiwa kau makin seronok. Dan kau
mulalah guna alasan "dakwah" untuk teruskan mesej-mesej yang kononnya
islamik. Contoh:
"Moga awak cemerlang pelajaran.
Seorang muslim tu perlu cemerlang. Buat terbaik!!"
"Jangan lupa qiam. Qiam ni satu
benda yang sangat penting!!"
"Moga ukhwah fillah ini berkekalan
insyallah. Doakan saya...."
5) Sepanjang step 1 hingga 4 ni, kalau
kau check diri kau balik, kau akan ada rasa "Seronok",
"syok", rasa lain macam dan yang sama waktu dengannya. Tak payah nak
tipu. Mengaku je.
6) Lalu, kau terus menerus melakukan
perkara yang sama. Mulalah saling berkongsi masalah, dan saling
nasihat-menasihati tentang bagaimana nak atasi masalah tersebut, sedangkan kau
tak perasan, ikhtilat yang kau buat tu lah kesalahan yang besar gila.
7) Attitude kau, perangai kau, akan start
berubah. Kau yang dulu galak dan suka bersembang dengan kawan-kawan sejantina
kau, kini, kau lebih banyak berdiam diri. Tak banyak cakap, dan seakan-akan
hati kau terganggu. Mungkin kau tak sabar nak mesej dengannya lagi. Bukan
mungkin, bahkan memang pun.
8) Kau mula hidup di alam percintaan. Kau
mula angau dan gila bayang. Kau akan rasa berat dan malas untuk solat,
qiamullail, quran dan zikir, lantaran kegilaan bayangan yang kau hadapi. Masa
kau, banyak habis di depan henset, tersenyum sorang-sorang. Hampir tiap masa
kau tak boleh lepas dari henset kau. Kejap-kejap tengok henset, kejap-kejap
tengok henset. Kredit banyak habis. Hati kau rasa gelisah.
9) Sepanjang step 6 sampai 8 ni, mudah
cerita, kehidupan kau berubah. Dan ya, kau masih lagi tak selitkan mesej-mesej
yang berbaur “aku cintakan awak”. Sepanjang ni, kau masih lagi dalam mood
berhati-hati, dengan menggunakan alasan agama, ukhwah fillah dan dakwah untuk
membenarkan dosa yang kau buat.
10) Kau mula bad mood dan panas baran.
Cepat marah dan tak selesa duduk dengan orang ramai. Bila orang tanya kenapa,
kau tak jawab. Padahal, semua orang boleh tahu, attitude kau dah berubah. Kau
dah mula susah nak terima teguran, kau mula benci orang yang menegur kau, kau
mula menyampah dengan orang-orang yang sering memberi peringatan tentang “bahaya
ikhtilat”. Dan segala apa yang berkaitan dengan apa yang kau tengah buat, kau
akan rasa marah. Kalaupun tak marah dengan mulut, mata kau akan berkerut, hati
kau mula merungut dan rasa something wrong.
11) Ketika ini, hati kau akan rasa pedih
dan sempit bilamana kau mula berjauhan dengan henset kesayangan kau. Kalau kau
pelajar sekolah, kau mula rasa tak selesa dan benci pada sekolah, kerana di
sekolah, kau tak boleh bawak henset. Asrama apatah lagi. Maka, akan berlaku
penyakit “malas”, takde mood nak belajar, rasa kurang senang dan terpaksa
dengan asrama, dan hanya fikir nak cuti.
Kalau kau pelajar university,
mungkin tak kena penyakit benci sekolah.
Tapi, focus kau untuk belajar melencong jauh.
12)Kau mula beranikan diri, start
mesej-mesej yang berbaur:
“Awak ada suka sape-sape tak?”
Tetapi, masih di cover dengan ayat:
“Bukan apa, tapi, jagalah hati tu. Saya
nasihatkan bla bla bla...”
13) Sampai satu tahap, dua-dua mulalah
meluahkan cinta. Oh, cinta kerana Allah kononnya. Sekali lagi guna alasan agama
untuk kepentingan nafsu serakah! Ayat biasa yang cukup selalu di gunakan:
“Yang penting, awak kena letak cinta
Allah dan rasul di atas. Insyallah, cinta manusia akan datang..”
“Saya tak nak, kerana cinta ini, kita
lalai dari Allah. Awak banyakkanlah baca quran, zikir dan solat. Moga dengan
percintaan ini, Allah redha kita dan membuatkan kita lebih dekat dengannya…..”
“Awak tegur-tegurlah saya bila saya buat
salah…”
14) Mulalah start plan nak kahwin. And
then, kononnya kata:
“Cinta yang suci berakhir dengan
perkahwinan”.
Dari satu sudut, baguslah kahwin. Tetapi, perjalanan menuju perkahwinan
yang suci tu, kau telah cemarkan dengan najis-najis dosa dan maksiat. Lebih
bertambah busuk, kau saluti najis tu dengan “wangi-wangian dan minyak atar agama”,
supaya najis tu kelihatan wangi dan berseri. Namun, kau tak boleh lari. Najis
itu tetap busuk walaupun kau letak segala wangian.
Khadijah lamar nabi pun guna orang tengah. (Yang ni saya paling suka.)
15) Maka, tup tap tup tap, kau kahwin.
16) Malangnya, kau rasa, “jalan suci” (Ini sarkastik) yang
kau gunakan sepanjang menuju perkahwinan tu adalah perkara yang BENAR dan HAQ,
sedangkan ianya cukup batil. Tapi, lantaran kau tertipu dengan syaitan, maka,
kau menyarankan kepada adik-adik dan kawan-kawan yang sebaya atau lagi muda
dari kau untuk melakukan perkara yang sama seperti mana yang kau lakukan.
Apabila mereka meminta nasihat dari kau
tentang urusan cinta dan ikhtilat, kau memberi hukum dan penerangan yang
bertentangan dengan syarak, dan kau hiasinya dengan dalil-dalil agama
yang tak
kena tempat dan lari dari disiplin ilmu, semata-mata untuk kau
menghalalkan
benda yang haram.
17) Lalu, muncullah hukum “ikhtilat itu
harus selagi tak lebih-lebih”, sedangkan hukum asal ikhtilat adalah “haram,
boleh jadi harus jika berlaku beberapa keadaan”.
18) Akhirnya, muncullah generasi-generasi
muda yang menganggap ikhtilat ni benda biasa. Selagi tak pegang tangan, maka
mereka rasa ia tak haram. Sekadar mesej, tiada masalah. Mereka anggap, selagi
tak mesej dan sembang perkara yang menaikkan syahwat seperti isu seks dan
sebagainya, maka selagi itu halal. Entah dalil apa yang mereka pakai.
Seperti mana ustaz yang merokok, apabila
ditanya kepadanya tentang hukum merokok, maka dia akan pusing-pusing dalil
sehingga keluar dalil darinya yang mengatakan rokok itu tak haram, begitu juga
bila ustaz-ustaz yang ikhtilat, apabila ditanya tentang hukum ikhtilat, dia
akan memberi hukum yang membenarkan ikhtilat.
Lahirlah golongan yang
meringan-ringankan agama, dan menganggap orang yang berpegang teguh kepada agama
sebagai golongan yang syadid, keras dan ekstrimis. Sedang mereka tak perasan,
merekalah yang dah terpesong jauh akibat terlalu longgarkan agama mengikut kepentingan nafsu.
NASIHAT BAGI GOLONGAN AGAMA
Saya bukan apa, saya amat kecewa bila
orang yang mengambil jurusan agama sendiri yang menjadi fitnah pada agama. Saya
pernah tengok depan mata berkali-kali, budak tahfiz merokok, budak tahfiz yang
couple dan ikhtilat, budak yang belajar jurusan syariah yang bercintan-cintun,
galak dengan berlainan jantina, budak agama yang tak jaga amal agama seperti
solat Jemaah, qiamullail, quran dan lain-lain, serta menghabiskan masa dengan
movie, drama demi drama, anime demi anime, game dota fifa dan yang sama waktu
dengannya.
Bahkan, ketika saya di mesir, di sebuah
cyber café, kelihatan beberapa perempuan melayu berpurdah dan berjubah,
beramai-ramai berkumpul di satu PC, menangis beramai-ramai melihat video “Warkah
Cinta”. Belum cerita yang tengok drama korea jepun bagai. Malas nak tegur. Saya
dah tulis teguran ini secara panjang lebar.
Jadi, saya merayu keapda golongan yang
belajar agama:
1) Kau kena sedar yang kau adalah harapan
ummat! Kalau kau, orang yang belajar agama, kalau kau sendiri yang menghancurkan
agama, apa lagi yang kita boleh harapkan kepada orang lain? Kes zina berleluasa,
buang anak, hiburan melampau, pelacur sini sana, kes rogol yang makin hari
makin kritikal, dan lain-lain. Apakah kau langsung tak rasa apa-apa? Apakah kau
langsung tak rasa bersalah dengan dosa yang kau buat??!
2)Kalau pelajar agama pun tengok drama,
tak mustahil umat kat luar sana hancur dengan video-video lucah. Kalau kau
sebagai pelajar agama, berikhtilat (walaupun tak bersentuhan), maka, umat kat
luar sana tak mustahil akan berzina.
Maka, tepuk dada Tanya iman.
Allah dah bagi kau nikmat KESEDARAN
untuk mendalami agama, janganlah kau kufuri dengan kau cemarkan agama. Malulah
dengan Allah. Malulah, bertaubatlah padanya. Akhirnya, kita sebagai orang yang
belajar agama, kitalah yang akan menjadi TONGGAK untuk kebangkitan islam.
Sepatutnya!
Tapi, adakah realitinya pada hari ini
menunjukkan sebegitu?
Maka, tepuk dada, tanyalah imanmu, wahai
diri!
Maaf andai saya menggunakan perkataan yang agak kasar. Tulisan ini
khusus untuk diri saya, dan umum kepada semua. Moga kita semua dapat
berubah!
Sekian.
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment