catatan 13
Mei 2016
Sebelum aku
menulis lebih lama di sini, aku baru selesai membaca perjalanan hidupku selama
berkhidmat di Al Amin Bangi. Dari awal kemasukan hinggalah apa yang aku ada
hari ini.
Di sinilah
detik permulaan aku berta'aruf dengan seorang ikhwah, (Tuhan akhirnya menjawab
doa-doaku). Rupanya sudah 5 bulan aku terikat sebagai tunangan orang. Bertapa
waktu berburu saling berkejaran antara tiga jarum itu. Lucu! Berputar tanpa
kalah.
Pun begitu,
benarlah hidup ada pasang surutnya. selesai kisah itu aku baca, ingin rasanya
berpatah balik beberapa detik memadam saat-saat genting yang tak aku inginkan
terjadi pada catatan kalendar hidupku. Sulit.
“The things
I’m afraid of happening, happened.”
sedih!
buntu. Namun hidup perlu diteruskan. Tiga hari yang lalu aku telah menikmati
hidup dengan usia 25 tahun. selamat beramal sepanjang 25 tahun. Thank you mom
for the du’a you’ve made for me. May Allay repay the greater du’a you asked
back to you! Thank you abah for the wish posted into the group. even if u
didn’t mention it, I already know u love me. That the same things I’ll do when
I was a mummy. (^^)
Jika
perjalanan hidup ini masih jauh untuk aku nikmati, semoga Tuhan masih sudi
menghadiahkan cerita-cerita yang aman kepadaku.
Jika
perjalanan yang berbaki sangatlah singkat, semoga Tuhan memaafkan kesalahan-kesalahanku
lalu melembutkan hatiku untuk menagih maaf dari orang-orang yang telah aku
sakiti.
Kini, aku
benar teruji.
Jalanku
sepi. hatiku hampir mati. Separuh jiwaku pergi. semalam, sengaja aku pulang
awal. Ingin sekali bersendirian. selepas tamat latihan kalam jamaie, aku gegas
berkemas. Tidak ingin berlama-lama di bilik guru.
kalau ku
turutkan nafsu, aku ingin pulang, tinggal di dekat emak jauh lebih
menenteramkan jiwa sekalipun dibebel banyak perkara berbanding menghadapi
orang-orang yang sangatlah sukar kufahami.
Di rumah
aku menangis semahunya. Aku biarkan air mata ini gugur bersama deraian air dari
shower agar tak ketahuan sesiapa.
Aku
persoalkan tentang semua ujian ini. aku pertanyakan kenapa Tuhan sekali lagi
membiarkan aku berhadapan situasi seperti ini.
Bukankah
aku pernah diuji dengan situasi yang jauh lebih sulit daripada ini sewaktu
terasing jauh dari benua sendiri dulu?
waktu itu,
antara rela dan tidak, sumpah. Separuh jiwaku pergi. Hatiku hancur berantakan.
Kehidupanku kelam kabut, seingat aku sewaktu aku berada di tahun akhir.
Menderita benar bunyinya. Pun begitu dari situlah aku bangkit kembali merawat
betapa lukanya hati yang aku usung pulang ke tanah air. Dan itulah ujian berat
yang singgah di permusafiranku. Aku menangis hampir sebulan sebelum menerima
kenyataan bahawa Tuhan sebenarnya sangat ingin menyelamatkan aku. Caranya
pelbagai. sekalipun aku harus terluka, Dia telah bermurah hati menggantikan
kelukaan itu dengan suatu yang tak ku sangka aku miliki kini. Dan perkara yang
aku tangisi itu adalah hal yang paling aku syukuri kini.
Saat Tuhan
memulangkan keceriaan itu sejak beberapa bulan yang lalu, akulah manusia yang
paling bahagia. namun kini, diuji lagi.
Tak pernah
aku sangka, berat ujian ini. Runtuh lagi jasadku. ingin rasanya menyembah bumi.
Aku direhatkan Tuhan.
Kerdil rasa
diri. Tuhan. Mengapa aku dipertemukan dengan manusia manusia yang tak ingin aku
jumpa?
Derita dan
lukanya aku…
Barangkali
inilah ujian yang harus ku hadapi dalam tempoh pertunangan ini. Pun begitu, aku
tetap bersyukur kerana…
“Walk the
talk” kata orang…
Tapi lebih baik tak payah 'talk' apa-apa, 'walk' saja. The truth is i'm regreting opening my stories, they didn't deserve to know me like that. :(
Please Allah, forgive me.
No comments:
Post a Comment