Assalamualaikum people!
Pembetulan. Dan saya harus beritahu ini, supaya mereka tak salah sangka. Bukan untuk membuka pekung di dada, jauh sekali bercerita aib sesiapa. Sekadar membuat kalian faham situasi saya. Barangkali kalian jua akan lakukan perkara sama.
Saya berpisah dengannya di Jordan. Tapi bukan disebabkan Jordan. Tidak sama sekali. Harus teliti perbezaan itu. Saya ulang, BUKAN disebabkan Jordan.
Tapi kerana 'dia' MASIH MEROKOK. Itu punca utama. Jadi adakah wajar Jordan dipersalahkan? Apakah wajar teman-teman seperjuangan saya di Jordan menjadi mangsa 'dia'? Malah sesiapa sahaja yang pernah menjadi 'teman' saya turut tercalit penangannya.
Guys, jangan jadi bodoh untuk biarkan sikap dan tingkah laku orang lain merosakkan inner spirit kita. Manusia yang tidak tenteram jiwa memang tidak mahu hidup orang lain bahagia. Tinggalkan saja 'mereka' mengasah ketidakmatangan mereka dalam mencari masalah. Kelak bila kesedaran itu datang, biar 'mereka' malu sendiri.
Walaupun kehidupan saya di Jordan ini perit, penuh luka, kusut dan sakit, namun itu tidak pernah buat saya mahu bersubahat menyalahkan Jordan kerana perpisahan 'kami'. Bagi saya no pain no gain.
Saya hairan kenapa 'dia' begitu cetek akal menyalahkan Jordan kerana perpisahan ini? Bukankah sepatutnya dia berbangga kerana satu dari keinginan 'dia' saya turutkan?
Kenapa 'dia' tidak langsung terang hati melihat ROKOK sebagai punca utama? Semoga Allah memberi petunujk kepadanya untuk meyedari akan hal itu.
"Barang siapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak ada yang mampu memberi petunjuk. Allah membiarkannya terumbang-ambing di dalam kesesatan." (7:186)
Mohon kita tidak termasuk dalam golongan ini.
Mereka pernah tanya kenapa kami berpisah?
"Kerana dia merokok" Saya kata.
"Itu saja?"
"Ya. Selagi dia tak berhenti merokok dengan serius (stop sampai bila-bila/ stop tanpa tempoh tertentu) i won't get back to him."
I mean bukan berhenti dua bulan, kemudian isap dua batang. Berhenti setahun kemudian isap setengah batang.
Saya mencari seorang yang TIDAK MEROKOK. Bukan mencari perokok yang jarang-jarang menghisapnya. (mohon mengenal beza itu)
Sekian.
No comments:
Post a Comment