Wednesday, 18 September 2013

Nafar ke medan juang semester 4!

Assalamualaikum people! 

About three days left before new semester get start. Are you ready??

Tidak wajar sekumpulan wira terjun ke medan perang sebagai bidan terjun. 

Peperangan itu besar. Nilainya besar, harganya besar, pengorbanannya untuknya juga besar. Jadi, langkah ke arahnya jangan mula bertapak melainkan sudah jelas di fikiran apa yang kita mahukan. 

'Begin with the end in mind' adalah suatu tuntutan yang mesti diterokai oleh setiap penuntut ilmu di jalan Allah. Apa yang mahu dituntut? Mengapa ia dituntut? Malah soalan semudah 'kenapa mahu jadi ustazah?, mesti difikirkan masak-masak. Terikut-ikut sentiasa menjadi musibah bagi apa jua aspek kehidupan. 

Throwback to your first dream of coming to 'Bumi bersejarah Urdun'! 

"Apa yang saya cari?"

Apakah saya bakal terlepas peluang kenduri-kendara kahwin adik-beradik, sanak-saudara, sahabat handai? 

Apakah saya bakal tercampak sunyi di negeri orang?

Apakah saya bakal membiarkan ayah bonda sunyi sendirian di desa nan sepi?

Apakah saya bakal berpisah yang mungkin bertanda mati?

Besar sekali harga sebuah perjalanan kembara ilmu yang dilakar ini! 

"Apa yang saya cari?"

Soalan tentang itu saya fikirkan sedalam-dalamnya. Pengajian Islam bukan tiada di negeri sendiri. Mengapa saya mengambil keputusan untuk mengembara sejauh ini? 

"Apa yang saya cari?"

Salji? Glamour? Naik kapal terbang? Siar gambar raya di akhbar 'salam perantauan'?

"Apa yang saya cari?"


Sesungguhnya saya tidak pernah mengizinkan diri untuk menjadi biasa-biasa. Saya ciptaan Allah. Dia yang Maha Bijaksana lagi Sempurna. Mustahil Allah menciptakan saya biasa-biasa untuk saja-saja bagi tujuan yang ala kadar semata. Saya yakin saya makhluk Allah yang istimewa, dan kembara ke bumi Anbiya ini adalah untuk mencari keistimewaan itu. 

Menjadi pewaris Anbiya bukan retorik. Visi dan misinya saya genggam dalam pesanan Allah yang tercatat dalam 'surat cinta'NYA. 

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya ke medan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam ilmu pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga."

(9:122) 

Ini masa lapang yang terluang. Bermain dengan anak-anak arab yang ihtirom pelajar Malizi.

Sekian. 


1 comment: