Friday, 15 November 2013

hairan

Assalamualaikum people! 

Saya pernah bincang dengan seorang kawan tentang ini. 

Satu hari, sedang duduk di meja makan carefoure, saya melihat seorang perempuan berbangsa indonesia sedang mengendong seorang bayi kecil berbangsa arab. 

Okay senang saya membayangkan perempuan indonesia itu adalah baby sitter kepada sebuah keluarga arab. Dia juga sedang berdiri di sisi meja dan kerusi di sebelah meja makan saya. Bersamanya masih ada dua orang budak lelaki dan perempuan berusia lebih kurang 4 tahun. 

Dia kelihatan mesra dengan dua budak kecil itu, bergelak ketawa bermain dengan si bayi yang masih menyusu. Nampak bahagia. 

Dalam hati saya tertanya tanya, agaknya bahasa apa yang dia gunakan untuk berbual dengan anak anak arab itu ya? Sedangkan dia orang indonesia. Dia sebagai baby sitter. Dia tidak belajar nahu apatah lagi sorof. Bab tasrif dan i'rab belum cerita. 

Tapi jelas kelihatan dia fasih benar berbual dan bergurau senda dengan anak-anak kecil itu. Nampaknya faham benar mereka dengan kata-katanya. Teringin saya dengar kalimah apa yang keluar dari mulut perempuan itu. 

Malangnya jarak dan kebisingan suasana tak membenarkan saya mendengar butir-butir kalimah yang keluar. saya cuma membayangkan bahawa perempuan itu mungkin juga sudah tiga empat tahun tinggal dengan keluarga arab itu. Barangkali kerana tinggal serumah dan buat apa sahaja yang dipertanggungjawabkan menjadikannya faham benar dan boleh bicara semula apa yang sepatutnya. 

Itulah beza dia dan kami sebagai pelajar di negara ini. Rutin kami mungkin mengadap kitab nahu dan sorof. Belajar i'rab apa jua kalimah. Tapi kami hanya diawasi dan disemak begitu begitu sahaja. 

Usai kelas, kami pulang ke rumah, belajar sendirian atau sesama sendiri dari kalangan kami. 

Tapi dia, setiap masa di tegur, di beritahu malah diberi tunjuk ajar itu ini dalam bahasa arab. Hingga menjadikannya fasih untuk memahami dan membicarakannya semula. 

Manakala kami sebagai pelajar tetap tinggal dengan sesama kami dari kalangan pelajar malaysia. Jadi, tidak lain bahasa yang kami gunakan di rumah adalah bahasa kami. Justeru, bagaimana yang saya ingin katakan tujuan saya ke sini, satu daripadanya adalah kerana ingin mumarasah atau mempraktikkan bahasa arab itu sendiri.

Biasanya orang arab akan bertanya, 

"kau belajar apa di sini?"

"bahasa arab..."

"kenapa datang sini? Di malaysia tak ada?"

"oh ada. Cuma saya mahu mumarasah bahasa itu sendiri. jika di malaysia, kami belajar bahasa arab tapi dalam bahasa melayu. sekurang-kurangnya di sini kami berbual dengan duktur dalam bahasa arab."

"ooo..."

Sehingga mereka faham tujuan saya. 

Di jami'ah saya bukan tak ada asrama untuk pelajar. 

Ada!

Saya pernah juga terfikir kenapa universiti ini tidak mencampurkan pelajar malaysia dan pelajar arab dalam satu asrama yang sama? Bukankah rutin seharian yang begitu akan sedikit sebanyak memudahkan kerja kerja pembelajaran dan muraja'ah kami yang selalu tidak sempat menyalin nota di dalam kelas. 

Entah mengapa tidak disediakan asrama untuk pelajar malaysia. Kami tinggal di rumah sewa. Semua. Jika ada asrama untuk pelajar malaysia, saya rasa ada baiknya saya tinggal di asrama dan di rumah sewa. Tukar tukar angin sambil mencari pengalaman hidup. 

Sekian. 




No comments:

Post a Comment