Friday, 29 November 2013

Diri saya bagaimana?

Assalamualaikum people !

Jam 11.06 pm. Saya baru selesai meeting bulanan. Semalam meeting juga. Sehari sebelum semalam pon ada meeting post moterm tapi saya ponteng. Saya... saya saya... betul-betul keletihan keluar kelas jam 8.00 pagi, pulang rumah selepas maghrib, dan sudah tidak sanggup keluar meeting selepas isyak. Izinkan saya berehat dan makan bersama 'ahli keluarga' malam ini.

Masih hangat dipercakapkan tentang Ahmad Ammar sebagai pencetus ummah. Saya bila teringatkan kematian yang menjemput pelajar-pelajar luar negara yang berada jauh dari keluarga, rasa sayu yang amat. Bila ada berita kematian pelajar luar negara, pasti kecoh dan tentunya sebagai salah seorang pelajar luar negara, berita itu sampai jua di telinga saya. Sila cakna! 

Sayu hati kita bila rasa diri jauh dari keluarga, kemudian kematian menjemput dengan tiba-tiba. 

Saya sedar bahawa belajar di luar negara atau belajar jauh dari keluarga bukanlah syarat bahawa kita tidak boleh pergi dahulu sebelum mereka. 

Cuma, saya minta, untuk kembali bertemu dahulu dengan keluarga sebelum kembali ke Pemilik dunia! Perkenankanlah. 

Sejak berada di sini, cukup di kenang akan peristiwa perginya mereka menghadap Ilahi. Seingat saya, saya baru tiba dua hari, kemudian dia pergi.Cukup dikenang. Saiful Asyraf namanya dikenali dengan nama oyak kayo. Walaupun saya tidak kenal orangnya sebelum ini, namun kebaikannya disebut sebut. 

Selepas dia, seorang lagi pelajar dari UK yang hasrat berziarah ke bumi Urdun turut meninggal kerana kemalangan di Aqobah. Sedang dia dalam dakwah dan tarbiyyah yang baru mula berputik. 

Selepas dia, ada lagi pelajar thailand yang turut meninggal kerana accident juga. Disemadikan jasadnya di sini. 

Dan kini, Ahmad Ammar juga kerana accident. Kalian telah pergi menghadap Ilahi dengan husnul khatimah. Sedang kami bagaimana?

Bagaimana sayunya hati ayah bonda yang menghantar anak-anak belajar jauh, kemudian yang kembali hanya jasad tanpa nyawa. 

Cukup kuatkah mereka menerima semua ini? 

Sesungguhnya tidak ada apapun yang berlaku tanpa semuanya sudah tertulis di luh sana. Entah kenapa perginya Ahmad Ammar buat saya rasa, di mana saya meletakkan diri saya selama ini? Terfikir-fikir apa layaknya saya pada ummah ini? Kalau saya boleh umpamakan hidupnya dia, sebagai penyambung perjuangan al fateh, dan matinya dia tersimpan bersama Abu Ayyub al Ansari, justeru masih hidupnya saya adalah sebagai penyambung apa? Matinya saya adakah akan bertemankan sahabat Baginda juga?

Saya meletakkan diri saya di mana? 

Saya malu. 

Sayalah manusia akhir zaman yang sedang hidup dalam zon selesa hingga saya rasa... Tidak perlu berjuang seperti susahnya pejuangan Salehuddin al Ayubi. Saya tidak pernah bersama baginda dalam dakwah di Mekah dan Madinah. Tidak pernah ada zaman khalifah ar Rasyidin. Saya tidak kenal khilafah umawi dan Abasi. 

Saya sekadar tahu bahawa Islam pernah menawan dua per tiga dunia. Ustaziyatul alam pernah jadi milik kita. Tapi kenapa tak ada yang bangun mempertahankan islam selepas Mustafa Kamal at Tartuk memerintah Turki? 

Mengapa kita berdiam diri bila Beliau menghapuskan sistem khalifah? Menukar azan dari bahasa arab kepada bahasa mereka? Menghalang wanita islam memakai tudung? Memerintah rogol wanita wanita zaman itu? 

Jika dia masih hidup hari ini, barangkali dialah yang yang akan meneruskan perjuangan al Fateh dengan kajian sejarahnya terhadap sejarah uthmaniyyah. 

Masih adakah manusia seperti dia hari ini? 

Saya menghitung diri sendiri. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment