Sunday, 10 November 2013

Bahrul mayyit (laut mati)

Assalamualaikum people! 

Cuti raya haji baru baru ini, my friends and i had joined satu trip jaulah ke Utara Jordan. The first place listed was Bahrul mayyit well known as laut mati.

Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330m.

Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7%. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

Okay! Itu antara info yang dimaklumkan pada kami sejurus tiba di sana. 

lumpur laut mati ini dikatakan bagus dilumur ke seluruh badan.
kami bertiga sahaja yang turun wakil akhawat
Tempoh masa yang saya ada untuk meninjau ninjau bumi bersejarah ini sangatlah terhad. Justeru itu saya sangat mahu menghargai setiap peluang termasuk mengambil kesempatan untuk terjun dan merasai kepedihan berendam dan terapung di dalam laut yang tidak ada hidupan ini.

rombongan dengan Mutah Storage
Semoga perjalanan ini benar benar membuka mata mata dan hati hati kami mencari 'ibrah menelusuri sirah awwalin. 

Sekian. 

1 comment:

  1. alhamdulillah awak dah pun menjejakkan kaki ke sana..suka Sha membaca kisah2 awak di sana...

    ReplyDelete