Saturday, 8 February 2014

Tamu Haramain part 1

Assalamualaikum people! 

Dua hari sudah saya pulang ke Mutah dari Tanah Haram, persinggahan sementara saya sebelum kembali ke Tanah air. Sembilan hari di Haramain benar-benar melakar kenangan yang tak akan saya biar luput dari hati nurani ini. 

Setinggi syukur saya panjatkan kepada Mu Ya Allah kerana limpah rahmat dan kasih sayang yang masih sudi mengizinkan hamba penuh dosa ini menjadi tetamuMU di Haramain. Inilah impian saya suatu masa dulu bahawa saya ingin menjejak kaki ke Tanah haram ini sebelum mendirikan rumahtangga. 

Juga saya tidak sangka di usia semuda ini Allah memilih saya menjadi tetamuNYA ke sana. Seingat saya sebelum menjejak kaki ke Jordan untuk melanjutkan ijazah sarjana muda, abah telah sudi membawa dan menaja perbelanjaan saya untuk ikut serta emak, abah, atuk dan atuk saudara saya menunaikan umrah, tetapi saya menolaknya kerana saya kira waktu itu saya harus berfikiran waras untuk menggunakan segala nilai kewangan yang di dalam tabung haji saya itu perbelanjaan tahun pertama di Jordan nanti. Abah akur bila saya membuat keputusan begitu.

Waktu itu saya hanya berfikir bahawa kalau dapat ke Jordan, tentu saya akan dapat ke Haramain juga sebab jarak Jordan dan Haramain dekat sudah. Sehari semalam menaiki bas. Tapi sekiranya saya pergi menunaikan umrah bersama emak dan abah, tentu duit itu habis untuk tambang dan perbelanjaan boros saya di sana. 

Bijak kan saya! 

Namun, seawal tiba di sini, saya difahamkan bahawa pelajar perempuan tanpa mahram tidak akan dapt melepasi border Arab Saudi. Dan berita-berita tentang pelajar-pelajar perempuan yang memang pernah ke sana, hanya akan kembali tanpa dapat masuk ke Mekah dan Madinah. Waktu itu saya antara redha dan tidak menerima hakikat bahawa saya takkan sampai ke sana dalam kembara ke Jordan ini. Angan dan mimpi semata untuk lepas ke sana tanpa abah, abang atau suami (mahram).

Tapi semua berubah bila ada Duktur (pensyarah jamiah mutah) yang menawarkan untuk pelajar-pelajar akhawat menuanaikan umrah pada cuti fasal awal tahun ini. Berita itu benar-benar membuka hati pelajar-pelajar perempuan di sini termasuk saya sendiri. Kegembiraan itu tidak kami canang-canang kerana bimbang kesahihannya atau permohonan itu tidak lepas di hujang cerita. 

Saya khabarkan berita ini hanya pada abah, emak, abang dan kakak sahaja. Lalu saya batalkan hasrat untuk ke Mesir pada cuti kali ini kerana memilih untuk menunaikan umrah. Ah cuti ini benar-benar menuntut kami membuat pilihan terbaik kerana ada banyak lagi program lain yang menanti. Tapi apa pun saya percaya bahawa Allah tidak pernah salah bila meletakkan setiap rezeki untuk setiap hamba. Dan rezeki saya untuk cuti fasal awal ini ialah ke Tanah Haram. Alhamdulillah.

Tanggal 27 Februari 2014 jam 9.00 malam kami berkumpul di depan Darul Hijrah, bersebelahan rumah saya untuk bertolak ke Haramain. Rombongan sebanyak empat buah bas bersama sekitar 130 orang pelajar yang terdiri dari kalangan staff jamiah, duktur jamiah, pelajar perempuan dan sedikit bilangan pelajar lelaki. 

Alhamdulillah semua berjalan lancar malam itu semasa checking di dua border saudi untuk urusan cek visa dan mahram serta beg bagasi. 

proses check semua beg di border saudi

jemaah jemaah lain yang turut sama berhenti untuk checking (gambar curi-curi bimbang tertangkap, kawasan kawasan saudi bahaya bergambar)
Perjalanan diteruskan dan kami akan kendiri di Bir 'Ali, miqat dan berihram di sana. Kami akan terus ke Mekah kerana hotel di Madinah sudah penuh.

Di Biir 'Ali

selesai solat sunat ihram, miqat di Biir 'Ali


Next, kami meneruskan perjalanan ke Mekah, lebih kurang 5 jam lagi untuk sampai. 
Selamat bertemu lagi di Makkatul Mukarramah. 

To be continued...

No comments:

Post a Comment