Sunday, 16 February 2014

Saya harus PASRAH !

Assalamualaikum people! 

Secara officialnya hari ini adalah hari pertama kelas bermula setelah lebih kurang tiga minggu cuti. Pejam celik pejam celik buka sem dah. Time passes without waiting for anyone. Hiyaks! For thus please remember this! 

"Jika ingin dianggap 'manusia' dan bukan seperti 'binatang ternak' di sisi Allah, ingin mendapat kedudukan istimewa sebagai umat Nabi Muhammad di akhirat kelak, peruntukkanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang harus ditempuh!" 

Setelah sekian hampir setahun lima bulan di sini, akhirnya saya dan teman saya diberitahu bahawa, transfer kredit kami untuk tiga subjek lagi tidak berjaya. Kecewa hati kami benar-benar antara rela dan tidak menerima hakikat bahawa kami belum boleh pulang selepas raya pada tahun ini. Hati kami antara sudi dan tidak untuk menerima hakikat bahwa kami harus menempuh satu semester lagi selepas raya pada tahun ini yang akan bersambung ke tahun seterusnya! 

Duhai Tuhan yang mencipta hati, Kaulah satu-satunya yang mengawal segala emosi dan hati kami tika waktu apa pun yang sedang kami jejaki. Kau tenangkanlah jiwa jiwa kami. Kau lapangkanlah seluruh perasaan kami. 

Ada benarnya bila seorang ukhti ini mengatakan pada saya, 

"Allah tak beri sekarang, kerana boleh jadi Dia mahu beri pada masa yang Dia rasa kamu lebih bersedia dengan waktu yang Dia simpan itu..."

Kerana itu teruslah bersabar. Sesungguhnya memang saya terdidik sabar semenjak tinggal di bumi ini. Kemudian saya bercadang untuk skip semester pendek pada tahun ini, iaitu semester yang hanya dua bulan untuk tiga subjek. saya ingin bercuti dan pulang ke kampung. Jika itu terjadi, subjek-subjek semester pendek saya ini akan di bawa semuanya ke semester awal tahun hadapan. Tapi banyak, ada tujuh semuanya. Bimbang juga hati saya untuk bawa sampai tujuh subjek kerana ironinya saya sedang menuntut di Mutah University dan bukan di Unisza. Complicated. 

Akhirnya saya sms abah beritahu akan hal itu. Malangnya, abah tiada respon. Esoknya saya call dan batalkan niat untuk pulang ke Malaysia. Saya sudah fikirkan masak-masak biarlah bersusah susah dahulu dan bersenang senang kemudian.

Abah pun bersetuju jika saya tidak pulang, sabar sedikit sahaja lagi. Kata abah nanti boleh buat umrah sekali lagi. 

"Betul bah?!! Kalau haji?????"

"Kalau boleh buat haji lagi cantik."

MashaAllah, kata kata abah itulah yang buat hati saya yang lemah ini kembali kuat untuk terus bersabar tinggal di sini. 

"Abah pi sekali dak?"

"Pi mana?"

"Buat haji..."

"Kalau tabung haji panggil boleh ja. Duit dah ada tapi nak tunggu turn tu la payah..."

"Kalau kita boleh buat sama-sama nanti kita jumpa di sana la..."

Tapi malangnya, saya difahamkan tak boleh pelajar luar negara bahkan siapa sahaja yang berada di luar negara untuk menggunakan kuota luar negara untuk menunaikan haji kerana setiap negara telah ditetapkan kuota masing-masing. Walaupun jarak kita dekat, tambang kita murah atau apa saja alasan kita, tetap tidak boleh. Sedangkan syabab pun tak dapat, inikan pula saya akhawat, melainkan kuasa luar biasa Tuhan yang mengkehendaki itu terjadi. 

Kata abah, "Kalau tak dapat transfer kredit untuk subjek tu, belajar jelah lagi. Lagipun kalau dah belajar di unisza akan lebih senanglah sebab dah pernah belajar subjek tu..."

Saya mengiakan tanda setuju. Terima kasih abah. Terima kasih Allah. 

Bermula hari ini saya harus lebih kuat dan tabah. Bermula hari ini saya beristikharah minta ketenangan pada Tuhan. 


Sekian. 

No comments:

Post a Comment