Assalamualaikum people !
6 /3/2014
Tujuan saya tulis tarikh kat atas tu nak akid betul betul bahawa masa berlalu terlalu laju. Ibarat pecut 2 kali seratus meter. Cewah!
Last post bulan lepas tu rasa macam dah lama gila. Tapi sebenarnya saya kerap kali dah berkunjung ke laman 'new post'... cuma in the end tak terpost. Akhirnya tersimpanlah diari hati ni dalam draft sahaja. Dan hari ni memnadangkan awal bulan, internet macam ala ala laju je. Yes i nak la cakap sikit, tak banyak pon.
Er, sebelum terlupa post pasal umrah pun belum habis. Argh! Pemalasnya saya, asek tengok cerita saja. Ok stop watching drama lepas ni.
Semalam meeting terakhir BEK. Saya telah meluahkan segala yang terpendam di hati, yes segala-galanya. Meeting start jam 7 malam sepatutnya. Tapi saya lewat sebab makan malam di sakan orang arab. Akhirnya sempat dan legalah hati apabila semua baik-baik sahaja.
Dalam hati ni punyala nervous ya amat. Ibarat menanti malaikat izrail. Kecut perut tahap giga. Dan bila tempoh taklifat ini berakhir, rasa la sedih dan kesal juga sebab sepanjang gerak kerja, mulut ni banyak merungut itu ini, nak lari itu ini, haila hati dan diri. Sila bertaubat dan jangan buat lagi perangai jahiliyyah begini. Faham!
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, saya rasa macam ada yang tak kena. tapi apa? Iman macam lemah gila. Diri malas betul. Rasa macam robot pon ada. Buat everything tapi tak meresap dalam hati. Apa ni zulaiha?!
Stop daydreaming okay! Kembalilah kepada tujuan utama.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalanNya agar kamu beruntung"
5: 35
Allah pun suruh kita cari jalan untuk dekat kepadaNya. Bukan sesenang baca a b c. Tapi cari ! Usaha, then Allah answer you. Okay!
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka beroleh kebenaran."
2 :186
Suluhkan kami jalan kebenaran agar tetap kekal di jalan kesabaran. Kami berlindung dari sikap buruk dan hati busuk.
Semoga Engkau masih sudi melimpahkan kepada kami hidayahMu. Dan semoga saya akan kembali kuat untuk rajinkan diri berkawan dengan buku.
![]() |
| Macam biasa. setiap awal bulan keluar ke pekan beli barang dapur. |
Mood : Rindu Malaysia sangat sangat. :'(
Sekian.


No comments:
Post a Comment