Saturday, 13 December 2014

4 proses menjemput jodoh

Assalamualaikum people. 

Awal subuh saya menerima satu perkongsian tentang cara menjemput jodoh. Menarik lalu saya kongsi di sini. 


1. Syarat utama adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan. 

Ia adalah firman Allah. "Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasang dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." (Yasin: 36)

2. Banyakkan berdoa. 

Antara yang menghija kita dari bertemu jodoh adalah kurangnya berdoa. Brdoa untuk jodoh yang soleh dan dibimbing Allah dari kecil. Adakalanya pemakbulan doa itu mengambil masa. Justeru, penting berdoa sejak kecil. Berdoa tiap kali selepas solat. Disarankan berdoa bersama ibu dan bapa supaya sinergi doa itu menjadi lebih kuat dengan izin Allah. Sebaiknya tiap kali berdoa, beristighfar terlebih dahulu, selawat kemudian nyatakan doa secara secific.

Doa di malam sunyi ibarat anak panah tepat sasaran. Cuba yuk!
3. Kenali tanda-tanda Allah. 
Selepas berdoa penting peka denga tanda-tanda Allah. Walau sekecil apa pun syukuri tanda Allah. 
4. Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan. 
Walau tanda-tanda Allah sudah mereka dapat, mereka tetap bersedekah untuk meningkatkan potensi pemakbulan doa supaya mendapat jodohnya. Lalui situasi itu setelah berdoa, kenali tanda-tanda Allah, dan sedekah, lalui situasi itu. Sabar dngan keajaiban yang akan terjadi. InshaAllah jika Allah berkhendak maka tiada yang dapatmnghalangi. 



Begitulah saranan dalam menjemput jodoh. Amalkan empat perkara di atas. Allah tidak pernah mengecewakan hamba yang mengangkat tangan kerana berdoa. Yakinlah.


Perkara terbaik untk mencapai kebahagiaan adalah jangan takut melepaskan dia pergi dan ikhlasakn perpisahan itu. 

Jangan terlalu tergesa gesa mengejar jodoh. Kalau tiada jodoh dengan orang yg kita inginkan, jangan terus murahkan diri hany kerana mahu kelihatan cepat laku seperti barang diskoun 75 peratus. Gawat!


Jangan sedih. Jodoh akan datang pada masa yang tepat! Rezeki tidak pernah salah alamat. Rezeki tidak pernah salah tuan. Rezeki tidak pernah tercepat atau terlambat. Bersangka baiklah pada Allah. Janji Allah itu pasti. 

Pesan ini saya terima daripada rakan-rakan indonesia dari group One day one juzuk (odoj). 

Syukran temanku kerana sudah ingatkan aku lagi tentang ini. 

Sekian. 

No comments:

Post a Comment