Tuesday, 10 March 2015

Ku berpijak di Tanah Malaya kini !

Assalamualaikum wbt. 

People ! hi, about some month go away, away and away. i'm busymyself doing something and something about planning my future career. My mother ask me so ! 

Dah tiga minggu aku di Tanah Malaya, tanah kelahiran sendiri. Menghirup udara yang tak sedingin bayu pagi jorden, lambaian pasir dan gebu gebu halus yang sering hinggap pada siapa sahaja tanpa sebarang amaran. Rindunya bumi tarbiah jordan yang penuh rahmat dan berkat. 



Saat kapal terbang yang aku naiki mula mendarat, aku bersyukur yang amat sangat pada Ilahi, kerana selamat mendarat. Dan sekali lagi saat aku melihat anak buahku si kecil Ashraf terseyum manis di pelukan daddynya... oh indahnya. Orang pertama yang aku peluk di KLIA adalah emak, seorang ibu yang penuh karisma berjauhan dengan anak bongsnya lebih dua tahun tanpa berjenguk, menitis air mataku saat mendakap erat tubuhnya. Merah merona lagi mataku walaupun aku sudah puas menangis di airpot Amman sewaktu usrahmates dan housemates ku menyewa sebiji kereta dan sebuah van untuk mengiringi menghantar kami ke airpot. 

usrahmate dan housemate mengiringi kepergian kami ke airpot amman.

Aku segera melepaskan pelukan supaya tangisku tak kuat berderai, aku peluk erat tubuh abah, seorang laki-laki yang segenap ruang beruaha gigih demi mengrim duit belanja untuk pengajianku yang sangat sangat berlipat ganda. Rindunya! Satu persatu aku salami mereka, kakak, abang Jie dan kak Maria, acu dan paksu serta semua anak-anaknya di airpot. Terima kasih sudi datang menyambut kepulanganku tempoh hari. 
Malam tu selepas maghrib kami sampai ke rumah kakakku di sungai besi. Janggal sekali aku rasa saat berhimpun satu keluarga begini. Masih sarat keindahan yang aku lewati sepanjang perjalanan pulang itu. Kami makan malam dengan lauk yang bermacam jenis. Negara Malaysia memang heaven sekali kalau pasal makan. Alhamdulillah. Segala lauk pauk yang tak aku temui di Jorden disediakn oleh emak dan kakak. Yang pnting, ada laksa penang favourite family kami. MasyaAllah terharunya aku menjadi anak pilihan keluarga ini. (*menangis dalam hati)

Malam itu aku agihkan barang-barang cenderahati buat ahli keluarga. Menikmati buah buahan dari Mesir, makanan dari Jorden. Esoknya selepas mkn tengahari, abangji dan kak maria pulang ke Johor. Petangnya kami sekeluarga bersama acu dan paksu ke KLCC, menikmati pemandangan di aquaria KLCC dengan bantuan kawan abang Sham, tiket kami didiskaunkan. heheee

Banyak rancangan abah untukku, begitu juga aku sendiri punya perancangan yang banyak untuk masa depanku. Tetapi, tetap aku sedari bahawa Tuhanku lebih berhak atas tiap tiap yang aku rancangkan itu. 

Abah nak buat kenduri sempena kepulanganku, kenduri kesyukuran katanya. Sekali lagi aku terharu dibuat abah. Selepas pulang dari Sungai Besi, aku diminta oleh abah untuk mengemaskini akaun tabung hajiku, ada 4000. Seingat aku sebelum fly ke jordan aku telah mengeluarkan semua duit dari akaun itu dan meninggalkan hanya 2000 sahaja, bermakna sepanjang ketiadaanku di malaysia, abah tak lupa untuk memasukkan duit ke akaun itu. sekali lagi aku terharu dibuat abah. Mulianya hatimu abah. Aku tak sanggup melukaimu. (*menangis)

Aku lebih kerap menangis sekarang. Mudah sekali tumpah air mataku. Tapi aku lebih suka begini, supaya lembut hati. Sepanjang kepulangan aku dikunjungi kawan-kawan dan saudara mara, ada juga masanya aku mengunjungi mereka. Di Sungai Besi, kawan-kawan dari unisza yang menyambung ijazah di sana, aku minta datang ke rumah kakakku bertemu dengan keluargaku. Mereka datang dan minta izin dengan emakku untuk membawa aku ke upm sehari dua. Berjaya!

Di perak, aku selesaikan banyak perkara. Claim tiket kapal terbang dari Majlis Agma perak, activate semua akaun bank yang telah terdeactive secara rasmi selama aku tinggalkan malaysia. Uruskan hal hal peribadi. Di kampung, atuk menziarahiku dan aku membawa atuk ziarah ke kubur arwah tok wan dan arwah paktam. Sesekali kita peru singgah ke tempat pulang kita walaupun belum dijemput. Itu salah satu list yang aku senaraikan dalam 100 keinginan yang ingin aku buat selepas pulang ke malaysia. Berjaya!

Lepas seminggu di rumah, aku minta izin emak untuk tinggal di Kajang, bersama Noha. Mulanya emak tak izinkan dan aku kecewa juga. Tapi setiap hari aku minta benda yang sama, aku nak kerja part time di kafe air UPM, macam kawan kawanku yang bekerja di sana. Akhirnya abah izinkan dan kenduri yang abah rencanakan tak dapat kami buat di rumah sebab semua tarikh dah penuh, setiap minggu akan ada kenduri yang dah di booking. Akhirnya abah putuskan buat kenduri di masjid. Aku dan emak adalah orang yang paling lega kerana urusan kemas barang barang kenduri adalah hal yang sangat meletihkan. 

Dan hari ini adalah hari kedua aku bekerja di kafe air UPM. Syukur. Aku suka kerja di sini, aku suka tinggal di sini. Semalam hari pertama, aku telah menikmati banyak pelajaran berharga yang aku kira bukan sebuah kisah semata mata tapi adalah rahmah dan ibrah. Aku bertemu dengan seorang anak muda yang sangat permbersih dan pengemas, moga moga jiwa dan hatinya sama bersih dengan dirinya. Aku bertemu dengan tuan kedai yang berhati mulia, bersopan santun. Aku bertemu dengan anak muda yang mentaati perintah Tuhan, aku bertemu dengan seorang suami yang berkorban dan bertanggungjawab.

Aku akan terus belajar lagi. Sebenarnya, hal yang menjadi kekuatan aku untuk ke sini, tak lain tak bukan, aku mencari kawanan usrah atau lebih tepat lagi harun yang akan mengiring jalan dakwahku sebagimana murabbiku menyusun setiap kegiatan dan mengatur bahan bacaan untuk tarbiahku. Dan semalam selepas kerja, jam 6.00 petng aku telah membuat temu janji dengan seorang ukhti, dia merupakan penggerak ikram di UPM, menurut murabbiku. Pertemuan dengannya adalah satu kebahagian bagiku. Agar langkahku lebih terarah selepas ini. Semoga dia sudi memegang dan menyentuh rohaniku agar dekat dengan Tuhan. 

Dan tujuanku ke sini juga untuk mengikuti program program anjuran Ikram yang berdekatan dengan kawasan ini. Semoga Allah bentangkan laluan itu kerana aku benar-benar ingin mencarinya. Amin. 


Sekian. 

No comments:

Post a Comment