Tuesday, 11 August 2015

Guru kerjaya mulia

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum people. Saya tak sure post last  saya bila, at about 5 months ago rasanya. Sadisnya ! Actually dalam tempoh 5 bulan tersebut, so many things had happened to me. Yes, so many !! And all that’s has been written by me in my daily diary instead of posting here.

Sebulan yang lalu saya telah berpindah ke sebuah sekolah yang menjadi impian saya sejak sebelum pulang ke tanah air lagi. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamain. Maha Suci Tuhan seluruh alam yang telah membuat mudah urusan saya dari mula hingga kini bahkan saya yakin Dia akan terus membantu memudahkan urusan saya yang seterusnya. 

Masih dalam ingatan saya, sebulan yang lalu, Ramaadhan 2015 adalah ramadhan yang penuh hikmah dan rahmatan lil ‘alamin terutama sekali buat diri saya yang naïf dan hina ini. Tuhan terus menerus membantu saya satu persatu. 

Menangis di tikar sejadah saya selepas peristiwa itu. Dari awal emel resume ke pihak pengurusan Al Amin Bangi, di panggil interview, saya berulang alik dua kali dengan moto biru well known as ‘Salam’ yang keep me accompany untuk ke sana. Survey jalan. Everyday saya call my mom untuk mintak doa.

The night before interview session, I stayed up till midnight, 2.30 a.m to seriously study something related to the subject or anything that connected to IKRAM at all. Saya focus sepenuhnya untuk tajwid, minor teaching (cara mengajar di depan panel), sumpah seram. Alhamdulillah bacaan al-quran saya telah saya baiki semasa berada di Jorden, sempat juga saya bertalaqqi dengan syeikhah arabi dan join Odoj (one day one juzuk di tahun tahun akhir pengajian). Syukur tiada hingga.

Hingga saya bernazar sekiranya diterima mengajar di Al Amin Bangi, saya akan … … …! Alhamdulillah! Pada hari interview tersebut, saya berlapang dada ke sekolah seperti biasa di sekolah lama, tamat sekolah saya keluar dengan bacaan bacaan zikir, selawat, ayat suci al quran saya alunkan minta pada Tuhan agar semua indah dan tenang serta mudah untuk saya.

Alhamdulillah. Sangat indah ! Mudah. Maha Suci Tuhan yang mengatur setiap pembahagian rezeki terbaik setiap hamba. Tiga hari selepas itu, saya menerima panggilan bahawa saya diterima menjadi pengajar di sana. Sujud syukur tiara tara saya akan rezeki itu.

Menjadilah saya orang paling bahagia saat itu, kini dan inshaAllah kapan pun jua. Saya harap inilah dia biah solehah yang saya cari selama ini. Kini saya temui. Kini saya miliki. Pada perbatasan ini saya masih seorang yang sedang memperbaiki diri. Mencari kembali sinar hati saya yang agak malap sejak kembali dari bumi barokah itu.

Pun begitu saya yakin di biah solehah inilah akan saya tampung kembali segala kekurangan dan compang camping amalan-amalan saya yang tidak sempurna. Paling menyentuh jiwa nurani saya, saat saya menerima mesej dari seorang bapa meminta tuisyen untuk anaknya pelajar tingkatan dua. Tuisyen intensif bahasa arab. Rezeki lebih. Bersyukurnya saya ! Terima kasih ibu dan abahku yang berhati mulia saban hari meniti di bibir kalian menyebut namaku agar Allah melimpahkan rezeki berlipat ganda padaku untuk aku menyambung hidup di rantau orang dan membantu keluarga kita.


Jadilah aku manusia paling bahagia! Kini, telah masuk bulan kedua aku bergelar muallimah di Al Amin Bangi. Bahagia ! Nyata kesibukan adalah milikku kini tapi aku memilih sibuk sebegini agar aku tak punya waktu luang untuk bermaksiat yang tidak tidak. Biar aku tak punya waktu agar pembaziran tidak sempat menziarahi aku. Agar aku terjaga selalu. Ampunkanlah dosa-dosaku Tuhan. 

Sekian. 

No comments:

Post a Comment