Friday, 13 November 2015

Jangan tidak sudi

Assalamualaikum people! 

Nice day. Hari ni last di sekolah. Officially cuti dah esok untuk mereka. Mereka sahaja. Not me! Entahla kenapa aku masih terpinga-pinga lagi sampai ke hari ini, masih tidak percaya aku kena juga pergi kursus di Pahang sebulan. Last week aku dah inform kat pihak pengurusan sekolah that im not going to Pahang (suke hati aku je decide macam tu) haha.



Malangnya, they need me to be there ! Peninglah. Ketersuntukan waktu yang entah apalah ceritanya. Cuma aku tetap mengharap ada kebaikan yang tak putus menjadikan aku semakin bersyukur dengan situasi yang bakal kuhadapi. Entah hari esok, entah lusa, entah kapan pun waktunya, semoga Tuhan masih membentengi langkah ini menuju jalan yang Haq semata-mata !

Mak dan abah pun dah maklum dengan keputusan yang aku buat untuk tidak joining them at Bentong, Pahang. Aku mencari alasan yang aku cipta sendiri untuk perkara-perkara yang aku kira masih ada baiknya jika aku tidak ke sana. Tapi keputusanku nyata tidak memihak kepada aku. Akhirnya aku mengalah. Akur dengan kehendak mereka dan berdoa sepuasnya kepada Rabbul Izzati untuk memuaskan hatiku dengan keputusan mereka. 

Tawakkal sebesar-besarnya untuk masa akan datang. Mudah-mudahan Tuhan melapangkan rezekiNya yang Maha luas seluas langit dan bumi untuk hamba kerdil ini. Pasti ada kebaikannya! Yakin saja! 


Saat kita berlapang dada memudahkan urusan orang lain, Tuhan berlipat kali ganda memudahkan urusan kita! Ya tuh, yakin saja! 

Bismikallahi tawakkal alaLlah.

No comments:

Post a Comment