Saturday, 28 November 2015

Jaulah tahun 6 SRIAAB 15

Assalamualaikum people!

Tajuk di atas merupakan post yang tertangguh sejak dua minggu yang lalu. Alhamdulillah hari ini progrem kami tamat awal, sebelum solat jumaat. kami hanya ada usrah kecil dan sedikit pembentangan tentang tajuk pertama dari buku 'Apa ertinya aku menganut Islam' written by Duktur Fathi Yakan.

Dua roomates saya telah selamat pulang ke rumah. Dua hari hari yang berbaki ini akan kami gunakan untuk bersantai santai di bilik, di kawasan luar dan sekitar hotel atau paling tidak berendam di jaguzi tingkat satu.

Jaulah tahun 6. Memandangkan aku salah seorang guru kelas daripada murid-murid darjah 6 maka aku memilih untuk mengikuti lawatan ini. Lawatan 3 hari 2 malam ke Perak, tanah kelahiran. Kenapa Perak? seriously kelakar je kalau buat lawatan ke Perak. Hahaha! tak menarik weh.

"Abah, ada lawatan kat Tepeng minggu depan. Boleh makan tengahari kat rumah kita?"

"Berapa haribulan? Berapa orang?"

"Dua bas... satu van. hehee..."

Pada 4 haribulan jam 10.00 pagi lebih kurang kami bertolak ke Taiping. Tapi cuaca pada waktu ni tak berapa baik, almost setiap petang hujan. Taiping adalah kawasan tanah paling lembab, paling banyak menerima curahan hujan.

so, memang ada tertukar tukar susuan perjalanan. Dan manusia merancang apa pun, tetap allah penentu terbaik setiap perancangan itu. Kami tiba di zoo tapi hujan membasahi bumi dan sangat tidak sesuai untuk menyelinap ke kawasan berkenaan dalam hujan. So perjalanan diteruskan ke muzium taiping.







Antara pameran-pameran yang ada di dalam muzium taiping.

after all, lepas solat maghrib dan makan, kami teruskan perjalanan ke zoo taiping lagi sekali, dengan harapan hujan berhentilah dan beri laluan kepada kami singgah sebentar walaupun malam hari. So night safari la. kalau ikutkan night safari ni memang tak best gila la sebab malam. Semua binatang dah nak sleep. Siapa nak rai kau? Naik pulak kereta penumpang tu, lagilah short scene sangat untuk melihat gelagat dan jenis-jenis haiwan tersebut. Banyak terlepas la, especially rumah ular memang tak boleh masuk la kalau naik kereta.



Then, lepas zoo, kami terus ke sekolah Furqan di Kuala kangsar. Kami bermalam di sana dua hari. Makan malam disediakan oleh pihak sekolah Furqan. Tip top!

sungai Perak.
Awal pagi untuk hari kedua kami akan bertebaran di sekitar Kuala kangsar untuk aktiviti explorace santai santai je. antara check point yang aku ingat ialah, pokok getah, rumah bumbung merah (*lupa namanya), sekolah MCKK, dan last one menara jam.

tempat tersebut kami kene cari dan ada aktivitas tersendiri di setiap check point. Penat kot!



MCKK 
Baru tahu sejarah MCKK. Alhamdulillah rezeki yang tak tersangkakan dapat masuk dalam sekolah hebat ni, melihat cara sistem sekolah di susun dan banyak lagi tentang sistem pentadbiran sekolah. Ini sekolah elit yang suatu masa dahulu menghimpunkan anak anak golongan bangsawan sahaja. Kini telah terbuka hati menerima mana mana student yang berkelayan tanpa mementingkan status soasial seperti itu lagi.

"Awat takdak subjek arab kat situ? Cheq nak jadi cikgu bahasa arab boleh?"

Oh ye! Mudir sekoalh Al Amin Bangi adalah bekas pelajar sekolah ini. Patutlah mudir tersusun orangnya.

Masjid Ridzuan, Kuala kangsar. 




                     

Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke tempat pembuatan labu sayung, ziarah ke muzium di raja kuala kangsar dan pada sebelah petang kami minum petang di... er.. kawasan kuala kangsar. hehee

Yang femes ialah laksa kuala la, tapi kenapa laksanya tak sedap kali ni? Ops.

Pada hari ketiga, kami meneruskan perjalanan ke cameron Highland! Ini baru syok!

Tempat pertama yang kami singgah ialah Taman Lavender. Ala tempat berbunga-bunga je.




Guru pengiring, Muallimah Norbima.

Guru guru pengiring wanita.
Muallimah Hafizah, zulaiha, fasiha dan norbima. 


Destinasi seterusnya adalah Taman rama-rama

                   

                            
                 


                 
                             

                                  

                            
Dan destinasi terakhir ialah Bharat. Ladang teh. 

ladang teh
muallim athif

Guru pengiring aulad; muallim fadli dan muallim hazwan


Penyampain cenderahati kepada semua murid-murid by muallim Luqman.

muallim luqman

aulad


                            

Kemudian kami singgah makan di rumah salah seorang murid, raudhatul jannah. Selesai solat, kami bertolak balik ke sekolah. Kira-kira jam 11 malam kami tiba di sekolah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment