Assalamualaikum people!
Sedar tak sedar 8 hari telah berlalu dan sepanjang 8 hari itu aku berada di dalam kursus ini, (*oh baru 8 hari krik krik je). SL1M GREEN PROGRAMME (Graduate Employability Enhancement Programme), program yang mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk memberi peluang pekerjaan kepada para graduasi yang baru menamatkan Ijazah Sarjana Muda dari pelbagai bidang, khas untuk melatih kami dengan soft skills tertentu untuk menjadi guru di sekolah-sekolah swasta. Serba sedikit tentang kursus ini, penginapan dan makan kami ditanggung selama sebulan dengan kos rm3000 setiap orang, diberi elaun rm1500 setiap bulan selama 7 bulan, (termasuk 6 bulan praktikal di sekolah-sekolah tertentu).
Hampir 4 pages kene sign perjanjian dengan Khazanah dan Irshad consultant untuk kursus ini selama 7 bulan. Dan denda sebanyak rm15000 sekiranya melarikan diri sebelum tamat tempoh! Semua kami hampir 100 orang peserta dari pelbagai negeri, berkumpul di Hot Spring resort Bentong, Pahang adalah dari batch kedua kursus ini.
Secara jujurnya, programme ini memang memberi manfaat yang banyak kepada para graduan seperti kami yang masih terkapai kapai dari setiap bidang masing-masing, tiada hala tuju, kalaupun ada, tiada peluang, kalaupun ada, tiada pengalaman. Jadi?
Besrsyukurlah dengan apa yang sedang kamu jalani!
"Memilih atau terpilih jadilah yang terbaik!"
Sampaikan dalam sebuah kelas, aku memang tiada hati, fikiran bercelaru, hatiku kosong. Tidak di dalam kelas. Jiwa memang tidak di sini tapi di kampung! Hingga semasa dalam sebuah perbincangan, seorang teman menegurku dalam bahasa arab yang maksudnya lebih kurang seperti ini, "tolonglah hadirkan hati kamu di sini!"
![]() |
| SMI Al Jauhar |
Dia bercakap bahasa arab supaya rakan lain di sekeliling tidak perasan tentangku. Dari mata kuyu, aku terbeliak kerana perkataan 'qulub' itu buat aku sedar, membulat biji mata kenapa aku selemah ini? Kutepis semua ketidakinginan itu dan aku ulang-ulang ayat tentang syukur, "La in syakartum laaziidannakum, wa la in kafartum, inna 'adzabi la shadid..." Cantik ayat ni, aku lupa surah apa, aku ingat ayat ni saja sebab sering di sebut sebut supaya manusia selalu bersyukur. "Sekiranya kamu bersyukur, Kami tambah nikmat untukmu, tapi sekiranya kamu kufur, ketahuilah bahawa azabku sangatlah pedih".
Topic yang di sampaikan, "Kuasa kepimpinan dalam solat". Sumpah tajuk best gila! Tulah yang paling meresap dalam hati aku setakat ni. Sekarang masanya kita buat anjakan perubahan. Tunggu esok untuk apa? Hari ini bahkan NOW!
"Jadilah seperti mata lebah, sentiasa mencari benda-benda manis, dan menghasilkan pun manisan (kebaikan), iaitu manfaat untuk orang lain. Jangan jadi seperti mata lalat yang sentiasa mencari kotoran dan meyebarkan kotoran pula."
"Bekal yang kita cari di sini, jangan dihabiskan di sini, simpan untuk dibawa ke negeri sana juga."
Antara kalam yang akan aku simpan rapi di nubari!
Aku masih mencari diri di sini, walaupun ada seorang teman berkata padaku,
"Ampa, dah berapa hari kita kat sini? Kami tak larat dah...Nak balik.."
Seriously baru kau tahu? Ingat best ke kursus? Kalah student master gini. Full kelas. Pagi petang siang malam. Master pun weekend je taw!
"Bertahanlah! kita kan meyakini bahawa ada kebaikan yang tak berkesudahan nanti!"
Minggu depan kami dimaklumkan bahawa minggu yang paling hectic! Seriau dengar. Takpelah, lalui saja! Actually kami baru saja habis Ibadah Camp dari Janda Baik, dua hari satu malam. Pengisian menarik iaitu Tahsin surah al-Fatihah dan Fiqh Mar'ah, dan riadah ukhuwwah. jadi malam ni free sebagai kerehatan. Tu pasal mengadap lappy.
Ukhuwwah, ada satu quote ni by IHAB klu tak salah, katanya "aku ingin berjalan ke seluruh pelusuk dunia untuk mencari hati hati atau jiwa jiwa yang kuat untuk sama-sama jadi batu bata membina Islam, aku tidak menacri ramainya bilangan mereka tapi yang kukuh jiwa raganya." Lebih kurang macam nila. So jiwa jiwa kukuh di mana? Datang kursus pun banyak merungut! huuuu
Dulu aku kira, "Jordan adalah titik permulaan yang banyak mengubah aku, dan Al-Amin adalah kesinambungannya!"
Tapi makin waktu berlalu, makin tak bersambung perubahannya. Jadi, di kursus inilah aku harus mengumpul semula kekuatan itu dan membuat rantaian sambungan yang baru! Anjakan perubahan! Ingat! Dia pun banyak menyedarkan aku tentang erti tawakal. Semoga aku semakin belajar bertawakal.
Dan esok, aku pasti mengutip mutiara berharga itu lagi, akan aku simpan rapi lalu mengagihkan pada jiwa jiwa yang temui nanti di jalanan denai denai menuntut ilmu nanti. kalianlah pewaris nabi yang bakal mendukung pelbagai ilmu-ilmu di samping merasa takutkan Allah.
Tajuk yang tertera di atas adalah salah satu slot dalam programme yang turut membuat hatiku tersentuh ke arah itu! 'Jutawan akhirat', kaya macamana pun di dunia ini, belum tentu mampu membeli title di atas!
Sekian.





No comments:
Post a Comment